Panduan Memelihara Ball Phyton

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Secara purata, Ball Phyton boleh hidup antara 20-40 tahun, jadi pastikan kamu melengkapkan diri kamu dengan ilmu-ilmu mengenai penjagaan mereka.

Anda sedang berkira-kira untuk menjadikan Ball Phyton sebagai haiwan kesayangan? Jika inilah adalah ular pertama yang ingin anda bela, Ball Phyton adalah pilihan yang tepat kerana saiznya yang kecil dan sifatnya yang jinak selain penjagaan yang mudah. Berikut kami kongsikan panduan memelihara Ball Python. Semoga bermanfaat.

Menyediakan Tempat Yang Selesa

  1. Sediakan bekas dengan saiz yang sesuai .Sekurang-kurangnya berkapasiti 30 gelen untuk permualaan. Walaupun saiz Ball Phyton adalah kecil sekarang, ianya akan membesar dan memerlukan ruang yang cukup luas dan selesa untuk bergerak bebas. Sediakan ruang yang sesuai untuk mereka menyorok dan pastikan menggunakan penutup bekas yang kalis lolos. Mereka sangat licik dalam melarikan diri.
  2. Pastikan ada sumber haba dan termometer. Ball Phyton akan lebih selesa jika mempunyai suhu dan tempat yang  kondusif untuk berjemur . 90-95 darjah adalah suhu optimum untuk tujuan ini dan PASTIKAN suhu yang tidak terlalu panas. Mereka juga memerlukan tempat yang sejuk untuk aktiviti lain. Jadi penggunaan Heat Lamp dan Termometer adalah perlu dan pemantauan perlu dilakukan dari masa ke masa.
  3. Adakan dua ruang bersembunyi. Disebabkan mereka suka bersembunyi, kami sarankan anda sediakan sekurang-kuranya dua tempat persembunyian dalam sangkar atau kandang mereka. Banyak stok sedia ada yang dijual di pasaran atau lebih menarik, jadilah kreatif dan reka sendiri tempat persembunyian untuk mereka.
  4. Alas lantai sangkar dengan medium yang sesuai seperti cebisan surat khabar atau moss.Jangan gunakan cebisan kayu yang akan menyerap kelembapan dan menjadikan sangkar mereka terlalu kering.
  5. Bekas berendam wajib ada.Si kecil ini adakalanya suka berendam untuk menyejukkan badan, jadi dengan adanya bekas untuk mereka berendam sangat disukai. Letakkan bekas dengan saiz yang sesuai dan cetek untuk mengelakkan risiko lemas.

Memberi makan kepada Ball Phyton

  1. Siapkan makanan mereka ; tikus ;seminggu atau dua minggu sekali. Ball python makan 7-14 hari sekali. Ular juvana perlu lebih kerap makan, dan ular dewasa kebiasaannya makan sekali dalam tempoh dua minggu. Saiz tikus mestilah lebih kecil dari ukurlilit ular di bahagian paling lebar. Tikus yang dibekukan atau tikus yang dimatikan sebelum diberi makan adalah disarankan berbanding tikus hidup untuk mengelakkan kecederaan kepada Ball Phyton anda.
  2. Letakkan tikus dalam kandang dan biarkan. Jika si manja anda tidak kelihatan berminat untuk makan , keluarkan tikus dari situ dalam masa sejam. Untuk tikus juvana, anda boleh cuba lagi untuk memancing selera mereka pada keesokan harinya dan untuk tikus dewasa, anda boleh cuba selepas dua ke tiga hari.
  3. Jangan pegang si jinak ini sehingga sekurang-kurangnya sehari selepas dia makan.  Ini adalah untuk mengelakkan kemungkinan Ball Phyton anda muntah.
  4. Jangkakan bahawa mereka tidak akan makan dalam tempoh tertentu . Ini adalah normal, terutamanya untuk ular dewasa.Penyelesaiannya juga mudah, hanya sediakan tikus untuk seminggu sekali. Ular akan makan seperti biasa apabila dia bersedia kembali ke rutin.
  5. Bekalan air bersih sepanjang masa. Ular mungkin berendam dalam bekas minumannya, jadi tukar air setiap hari. Pastikan air sedikit suam, dalam 100-104 darjah. Tukar air segera jika Ball Phyton anda ‘melepaskan hajat’ dalam bekas minumannya.

Mengendalikan Ball Python

  1. Bersabar. Sebelum membiasakan diri, kebanyakan Ball Python adalah pemalu dan takut. Beri dia masa jika dia melarikan diri dan bersembunyi apabila anda cuba memegangnya. Ada kemungkinan anda dipatuk sekiranya dia merasa takut. Jika ini berlaku, hanya perlu bilas bekas gigitan dengan sabun dan air suam dan cuba untuk memegangnya kembali selepas beberapa hari.
  2. Mengangkat dengan berhati-hati menggunakan kedua-dua belah tangan.. Beri sokongan penuh kepada keseluruhan badan Ball Phyton sewaktu mengangkatnya untuk membuatkannya merasa selesa dan selamat. Jangan terlalu gopoh bergerak, perlahan –lahan dan dengan cermat.
  3. Duduk dan bertenang. Ini membantu Ball Phyton merasa lebih relaks kerana kurang pergerakan.
  4. Pada hari anda ingin berinya makan, JANGAN pegang mereka. Kebanyakan ular akan merasa stress dan tidak akan makan selepas dipegang manusia.

Membersihkan Ball Python

  1. Kebiasaanya mereka akan membersihkan diri mereka sendiri. Jika ada meletakkan bekas bekas dengan air yang cetek dan cukup luas untuk mereka mandi, anda tidak lagi perlu membersihkan mereka .
  2. Letakkan bekas berisi air sepanjang masa. Besar kemungkinan jika si manja ini tidak membersihkan diri sendiri, mereka pasti perlukan bekas air dengan saiz dan kedalaman air yang sesuai untuk menolongnya membersihkan kulit-kulit lama yang telah tanggal. Gunakan air suam untuk merendamnya dengan kedalam air hanya 1 inci (JANGAN LEBIH!) biarkan selama lebih kurang 10 minit sebelum alihkannya ke tempatnya kembali.
  3. Letakkan Ball Phyton dalam bekas lain selepas mandi. Jika anda mempunyai bekas tambahan, kami sarankan anda letakkannya sementara dalam bekas ini selepas mandi kerana mereka cenderung membuang air besar selepas mandi.Jadi sangkar asalnya bersih dan boleh dipindahkan selepas mereka selesai membuang hajat.
  4. Sediakan sesuatu yang mempunyai permukaan kasar sewaktu proses shading. Penggunaan ‘pine cone’, dahan atau ranting kecil atau batu akan membantu ular anda menanggalkan kulit lamanya sewaktu shading.

Membersihkan Habitat Ball Phyton

  1. Bersihkan setiap hari. Buang dan bersihkan najis dan alas yang basah. Ball python kebiasaanya akan buang air besar seminggu sekali dan buang air kecil dengan lebih kerap dari itu. Juga buang kulit yang tanggal semasa proses shading.
  2. Cuci bekas air dengan kerap. Memandangkan Ball Phyton cenderung untuk berendam dalam bekas air, pastikan air ditukar dan cuci bekas air dengan sabun setiap hari.
  3. Nyahkuman sebulan sekali.. Keluarkan semuanya dari kandang ular. Bersihkan dengan larutan air dan peluntur. Rendam semua hiasan selama 15 minit. Sangkar hendaklah benar-benar kering sebelum anda menyusun barang didalamnya kembali.

Mengetahui kesayangan anda sihat dan gembira

  1. Sentiasa tambahkan ilmu melalui pembacaan. Bahan bacaan baik yang padat dengan maklumat adalah sangat berguna untuk anda belajar cara menjaga kesihatan dan menjadikan kesayangan anda gembira.
    .
  2. Perhatikan tanda-tanda penyakit. Ini termasuk bunyi nafas tersangkut-sangkut, hidung berair, resa di bahagian mulut dan badan, dan juga kulat di kulit ular. Segera ke klinik haiwan yang boleh merawat ular sekiranya ada tanda-tanda berkenaan.

  3. Rasai lilitan ular sewaktu anda memegangnya.  Belitan normal sepatutnya kuat tetapi lembut. Jika dia tidak melilit dengan baik, kemungkinan ada masalah kesihatan dan memerlukan pemeriksaan segera.

Dengan penjagaan yang baik dan kesihatan di tahap memuaskan, Ball Python mampu menjadi teman baik anda untuk satu tempoh jangka masa yang lama. Lengkapkan diri anda dengan ilmu yang betul dan anda akan memudahkan diri anda dalam penjagaan ular ’diraja’ ini. Selamat maju jaya dan semoga artikel ini memeberi   bermanfaat untuk anda.

Jangan lupa tekan butang LIKE dan SHARE artikel ini ya Jumpa lagi.

Untuk pembelian haiwan kesayangan, sila lawati laman FB kami : https://www.facebook.com/petsarecute/ dan FOLLOW kami di Instagram : https://www.instagram.com/petsarecute.my/ untuk konten yang lebih menarik.

Bacaan seterusnya : KLIK SINI : https://www.petsarecute.my/iguana-gergasi-lembut-yang-menyeronokkan/

Kongsi Artikel Ini Dengan Rakan-Rakan!

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on telegram
Share on email
Share on print

This Post Has One Comment

  1. Very good info.
    Complete with simple info
    Easy to understand.

Leave a Reply




Banyak Yang Anda Perlu Tahu

PANDA MERAH -PUPUS KERANA BULUNYA YANG LEMBUT

Diburu dan dibunuh kerana bulunya yang digebu serta lembut bagi menghasilkan perhiasan wanita seperti topi menyebabkan haiwan yang digelar panda merah ini semakin berkurangan dan diancam kepupusan.

12 FAKTA MENGENAI PANDA MERAH

Panda merah sedikit lebih besar daripada kucing domestik dengan badan seperti beruang dan bulu russet tebal. Perut dan anggota badan berwarna hitam, dan terdapat tanda putih di sisi kepala dan di atas mata kecilnya.

Hamster Eropah Bukan Untuk Peliharaan

Hamster Eropah atau lebih dikenali sebagai Eurasian Hamster merupakan hamster yang ganas serta liar dan mereka tidak sesuai dijadikan haiwan peliharaan. Mana tidaknya silap-silap jari anda akan mengalami luka besar dan pendarahan banyak apabila digigit haiwan ini.

9 Fakta Menarik Tentang Harimau Malaya

Harimau Malaya atau harimau belang mungkin lebih dikenali dengan sifat yang ganas dan buas. Namun di sebalik itu, ada banyak fakta menarik tentang mereka yang perlu kamu tahu.

Koala

Herbivor yang berasal dari Australia ini digelar beruang Koala kerana fizikal mereka seakan beruang kecil yang bulat dan gebu, selalu tersenyum dan menghiburkan ,dan membuat kita geram untuk memeluk mereka. Hakikatnya, Koala bukanlah dari spesis beruang tetapi dari spesisnya yang tersendiri.

4 Cara Mudah Mandikan Hedgehog

Landak mini atau lebih dikenali sebagai Hedgehog merupakan antara haiwan kecil yang sering menjadi pilihan pencinta haiwan untuk dijadikan sebagai peliharaan. Keletah serta kecomelannya mampu menarik perhatian sesiapa sahaja.

Habitat Iguana

Mudah, namun perlu diberi perhatian sewajarnya. Menyediakan habitat yang sesuai untuk Iguana akan membantu Iguana lebih mudah menyesuaikan diri dan mesra dengan kamu.

Landak Mini

Hedgehog, atau Bahasa Melayunya landak mini, mendapat nama daripada caranya mencari makanan. Haiwan ini merayau di sekitar pokok renek (hedge) dan mengeluarkan bunyi seakan-akan khinzir (hog). Di sebalik pokok renek ini lazimnya terdapat serangga, cacing, siput, tikus, katak dan ular kecil yang menjadi makanannya.

Tentang Kami

Petsarecute.my ialah sebuah media digital yang memaparkan informasi-informasi dan berita-berita terbaru tentang haiwan kesayangan untuk semua peminat-peminat haiwan seluruh dunia.

Kami Juga Bersosial

Artikel Terkini

Ikuti Kami




Anda Mungkin Sukai

RAKAN DI RIMBA

PANDA MERAH -PUPUS KERANA BULUNYA YANG LEMBUT

Diburu dan dibunuh kerana bulunya yang digebu serta lembut bagi menghasilkan perhiasan wanita seperti topi menyebabkan haiwan yang digelar panda merah ini semakin berkurangan dan diancam kepupusan.

Uncatogrized

12 FAKTA MENGENAI PANDA MERAH

Panda merah sedikit lebih besar daripada kucing domestik dengan badan seperti beruang dan bulu russet tebal. Perut dan anggota badan berwarna hitam, dan terdapat tanda putih di sisi kepala dan di atas mata kecilnya.

RAKAN DI RIMBA

Hamster Eropah Bukan Untuk Peliharaan

Hamster Eropah atau lebih dikenali sebagai Eurasian Hamster merupakan hamster yang ganas serta liar dan mereka tidak sesuai dijadikan haiwan peliharaan. Mana tidaknya silap-silap jari anda akan mengalami luka besar dan pendarahan banyak apabila digigit haiwan ini.

Uncatogrized

9 Fakta Menarik Tentang Harimau Malaya

Harimau Malaya atau harimau belang mungkin lebih dikenali dengan sifat yang ganas dan buas. Namun di sebalik itu, ada banyak fakta menarik tentang mereka yang perlu kamu tahu.

Uncatogrized

Koala

Herbivor yang berasal dari Australia ini digelar beruang Koala kerana fizikal mereka seakan beruang kecil yang bulat dan gebu, selalu tersenyum dan menghiburkan ,dan membuat kita geram untuk memeluk mereka. Hakikatnya, Koala bukanlah dari spesis beruang tetapi dari spesisnya yang tersendiri.

Uncatogrized

4 Cara Mudah Mandikan Hedgehog

Landak mini atau lebih dikenali sebagai Hedgehog merupakan antara haiwan kecil yang sering menjadi pilihan pencinta haiwan untuk dijadikan sebagai peliharaan. Keletah serta kecomelannya mampu menarik perhatian sesiapa sahaja.

Uncatogrized

Habitat Iguana

Mudah, namun perlu diberi perhatian sewajarnya. Menyediakan habitat yang sesuai untuk Iguana akan membantu Iguana lebih mudah menyesuaikan diri dan mesra dengan kamu.

GAYA HIDUP

Kucing Gemuk Yang Berisiko Penyakit

Tahukan anda gemuk itu mungkin memudaratkan? Ketahui tentang kucing gemuk cantik atau penyakit di sini!

GAYA HIDUP

Landak Mini

Hedgehog, atau Bahasa Melayunya landak mini, mendapat nama daripada caranya mencari makanan. Haiwan ini merayau di sekitar pokok renek (hedge) dan mengeluarkan bunyi seakan-akan khinzir (hog). Di sebalik pokok renek ini lazimnya terdapat serangga, cacing, siput, tikus, katak dan ular kecil yang menjadi makanannya.

REPTILIA

Shedding Ular

Shedding adalah perkara biasa bagi kebanyakan reptilia. Proses ini berlaku untuk ular menukar ‘baju’ iaitu kulit baru selari dengan tumbesaran mereka.

GAYA HIDUP

Dandanan Kucing

Kucing boleh menjaga dan mendandan diri mereka sendiri ? Inilah mitos yang menyebabkan ramai tidak memberi perhatian untuk menjaga kucing mereka secara total.

GAYA HIDUP

Fakta Mengenai Anjing

Anjing merupakan antara haiwan mamalia yang terawal dijinakkan oleh manusia sejak 30,000 tahun yang lepas. Manusia mula menjinakkan omnivor comel bagi pelbagai tujuan untuk membantu menjalani kehidupan seharian pada waktu berkenaan.

GAYA HIDUP

5 Fakta Tentang Kucing

Kucing merupakan peneman yang terbaik. Bukan sahaja mereka comel, mereka juga boleh diharap untuk menangkap tikus atau serangga yang berada di dalam rumah. Kehadiran mereka boleh membuatkan kita hilang stress. Best kan?

GAYA HIDUP

Kucing : Kesedaran Manusia dan Survival

Dengan kemudahan fasiliti perubatan dan kesedaran tentang amalan pemakanan baik untuk mereka, kucing semestinya dapat menjadi teman karib untuk tempoh masa yang lama untuk manusia.

GAYA HIDUP

Haiwan Peliharaan Sebagai Teman Penghibur

Ada sebab mengapa setengah orang memilih untuk membela haiwan peliharaan dan menjadikan ia sebahagian dari kehidupan, malahan ada juga yang menganggap mereka sebagai ahli keluarga sendiri.

MAMALIA

Kenali Sugar Glider

Comel, lincah dan aktif. Rangkai kata paling tepat yang menggambarkan karakter istimewa haiwan kecil persis tupai yang menjadi kegilaan pencinta haiwan peliharaan eksotik masa kini. Haiwan berbulu lembut yang manja ini digelar sugar glider sering kali mencuri tumpuan khalayak jika dibawa ke tempat umum. Tidak hairan jika ada yang datang mengerumuni seolah-olah seperti melihat selebriti.

REPTILIA

10 Fakta Tentang Iguana

Gergasi berhati lembut yang genius – itulah dia Iguana. Iguana sangat popular di kalangan peminat haiwan eksotik kerana di sebalik muka dan fizikalnya yang agak garang dan menakutkan, mereka sebenarnya sangat mesra, manja dan menghiburkan.

BURUNG

9 Fakta Menarik Burung Baji

Burung baji boleh dikatakan antara sub-spesis burung kakak tua paling popular di seluruh dunia. Mereka menjadi kegilaan pencinta haiwan kerana bukan sahaja warna mereka yang menarik dan kos penjagaan mereka yang rendah, malah jika dilatih dengan baik, mereka mampu mengajuk percakapan manusia. Comel kan?

Uncatogrized

Panduan Memelihara Ball Phyton

Secara purata, Ball Phyton boleh hidup antara 20-40 tahun, jadi pastikan kamu melengkapkan diri kamu dengan ilmu-ilmu mengenai penjagaan mereka.

Close Menu