PANDA MERAH -PUPUS KERANA BULUNYA YANG LEMBUT

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Diburu dan dibunuh kerana bulunya yang digebu serta lembut bagi menghasilkan perhiasan wanita seperti topi menyebabkan haiwan yang digelar panda merah ini semakin berkurangan dan diancam kepupusan.

Umum mengetahui bahawa Panda merupakan haiwan mirip beruang di mana ia mempunyai warna hitam dan putih, gemar memakan pucuk buluh. Tetapi apa yang menarik tidak ramai mengetahui bahawa terdapat panda berwarna merah dan saiznya lebih kecil berbanding panda yang lebih dikenali ramai.

Namun apa yang menyedihkan haiwan yang comel serta mempunyai bulu yang gebu serta lembut ini, dikategorikan sebagai spesis terancam disebabkan jumlahnya yang semakin berkurangan akibat pemburuan haram.

Populasi panda merah kini dipercayai berkurangan sebanyak 50 peratus berbanding 18 tahun lalu apabila ia dibunuh pemburu haram bagi mendapatkan bulunya untuk dibuat perhiasan seperti topi wanita.

Menurut kajian dianggarkan sekitar 2,500 ekor panda merah yang masih hidup dan jika semua pihak tidak mengambil langkah memeliharanya haiwan ini mungkin akan lenyap sama seperti beberapa spesis lain antaranya Dodo.

Jadi untuk artikel kali ini kami ingin membawa anda semua untuk mengenali lebih dekat lagi panda merah yang mempunyai saiz lebih kurang sama dengan kucing domestik tetapi digelar sebagai panda.

“Walaupun berkongsi nama dengan Giant Panda, panda merah tidak berkait rapat dengan haiwan tersebut. Malah, nama ‘panda’ digunakan pada mamalia kecil ini terlebih dahulu sebelum diguna oleh beruang besar berwarna hitam dan putih itu”.

Panda merah atau dikenali sebagai Ailurus Fulgens merupakan mamalia yang mempunyai dua warna di badannya iaitu merah dan putih selain mempunyai ekor yang panjang dan berbulu gebu.

Menurut Zoo San Diego, zoologist Perancis, Frederic Cuvier merupakan orang pertama yang menyatakan perihal tentang panda merah pada tahun 1825 iaitu 48 tahun sebelum Giant Panda disenaraikan.

Cuvier dalam catatannya menyatakan panda merah merupakan haiwan yang paling cantik pernah dilihat sepanjang hidupnya dan menamakan mamalia berkenaan sebagai Ailurus Fulgens yang membawa maksud kucing berwarna merah berkilat seperti api.

Pelbagai gelaran diberi pada panda merah

Haiwan yang bersaiz hampir sama dengan kucing domestik ini sebenarnya mempunyai pelbagai nama gelaran yang diberikan penduduk setempat di sekitar habitatnya di kawasan pergunungan di Nepal, Cina Tengah dan Utara Myanmar.

Nama panda bagi haiwan ini dipercayai berasal daripada bahasa Nepal yang disebut nigalya ponya yang bermaksud kaki buluh. Ia ekoran haiwan ini menjadikan kawasan yang ditumbuhi dengan buluh sebagai habitat mereka.

Haiwan ini turut disamakan seperti kucing

Kerana saiz panda merah hampir sama dengan kucing terdapat masyarakat yang menggelarnya sebagai kucing beruang dan beruang kucing. Jika kita kita lihat dengan teliti haiwan ini kita juga mungkin akan ingatkan ia adalah seekor kucing yang berbulu lebat.

Selain itu, panda merah juga turut dipanggil dengan nama rakun Himalaya, beruang musang dan musang berapi kerana warnanya merah dan kelihatan seperti api.

“Apa yang menarik sekiranya anda pernah melayari web browser Firefox anda pasti akan melihat maskotnya adalah panda merah.”

Pada mulanya panda merah dikelaskan sebagai saudara rakun di dalam keluarga Procyonidae kerana bentuk fizikalnya yang hampir sama dengan dengan haiwan terbabit dari segi kepala, gigi dan ekornya.

Bagaimanapun, haiwan ini kemudiannya dikelaskan sebagai beruang di bawah keluarga Ursidae kerana mempunyai persamaan dari segi DNA. Namun kajian genetik terbaharu yang dijalankan ke atasnya menunjukkan haiwan ini merupakan keluarga Ailuridae.

Panda merah betina mampu makan 20,000 daun buluh sehari

Panda merah hanya boleh ditemui di kawasan pergunungan di Nepal, Cina Tengah serta Utara Myanmar. Haiwan unik ini menjadikan hutan tropika sederhana tinggi serta berhujan sebagai tempat tinggal mereka.

Paling penting di mana ada kawasan yang terdapat buluh maka di situlah panda merah akan tinggal. Ini kerana mereka menjadikan tumbuhan ini sebagai makanan utama mereka.

Menurut kajian 85 hingga 95 peratus pemakanan panda merah adalah dari buluh di mana mereka menjadikan rebung dan pucuk buluh sebagai makanan dengan mengoyakkan tumbuhan tersebut menggunakan mulut mereka.

Buluh merupakan makanan utama panda merah

Apa yang menarik mengenai haiwan yang mempunyai berat antara 4.5 hingga 9 kilogram ini adalah panda merah betina mampu menjamah lebih kurang 20,000 daun buluh dalam masa sehari. Banyak bukan, dan ia merupakan kajian yang pernah dijalankan oleh Zoo San Diego.

Walaupun buluh merupakan sebahagian besar dalam pemakanan haiwan ini, panda merah hanya mampu menghadam 24 peratus sahaja daripada jumlah yang mereka makan.

Selain buluh, panda merah turut menjadikan akar, rumput serta buah yang gugur dari pokok sebagai makanan mereka. Kadang-kadang panda merah juga turut makan telur, serangga, burung dan mamalia kecil.

Gemar berjemur di bawah cahaya matahari

Jika anda berniat untuk melihat panda merah di habitatnya perkara utama perlu dilakukan adalah melihat ke atas iaitu di dahan pokok bukannya mencari di atas tanah kerana makhluk ini jarang sekali menjejaki tanah.

Kebanyakkan masa haiwan ini dihabiskan di atas pokok termasuklah ketika makan dan tidur. Malah panda merah turut gemar berjemur di bawah cahaya matahari dengan berbaring di cabang dahan.

Manakala pada waktu malam haiwan ini akan menggunakan ekornya yang berbulu tebal serta gebu bagi memanaskan badan disebabkan cuaca sejuk.

Panda merah gemar berjemur di bawah cahaya matahari di dahan pokok

Haiwan yang atif pada waktu senja dan subuh ini dikelaskan di bawah kategori krepuskular utama dan tidak boleh hidup berpasangan seperti sesetengah haiwan lain kerana padan merah merupakan haiwan solitari.

Mereka hanya akan berpasangan ketika mengawan sahaja dan kebiasaannya panda merah jantan akan menanda kawasannya dengan bau kuat dari kalenjar baunya yang terletak di bawah ekor mereka.

Apabila menerima ancaman daripada haiwan lain, panda merah akan mengeluarkan bau sama seperti skunk untuk menakutkan musuh mereka. Sekiranya cara berkenaan gagal panda merah akan berdiri menggunakan dua kaki belakangnya dan mengeluarkan cakar untuk melindungi diri.

Diharapkan artikel ini memberi manfaat dan informasi berguna kepada anda. Untuk pembelian haiwan kesayangan, sila lawati laman FB kami : https://www.facebook.com/petsarecute/ dan FOLLOW kami di Instagram : https://www.instagram.com/petsarecute.my/ untuk konten yang lebih menarik.

Kami juga mengalu-alukan sebarang soalan dan maklumbalas dari anda. Boleh DM kami di mana-mana medium media sosial kami, emailkan ke petsarecute.my@gmail.com atau watsapp terus ke 012-9485559. Kami gembira untuk membantu anda memahami haiwan kesayangan anda!

Jumpa lagi.

Kredit artikel : Live Science – Red Panda
Olahan semula : Hafizi Said

Kongsi Artikel Ini Dengan Rakan-Rakan!

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on telegram
Share on email
Share on print

Leave a Reply




Banyak Yang Anda Perlu Tahu

12 FAKTA MENGENAI PANDA MERAH

Panda merah sedikit lebih besar daripada kucing domestik dengan badan seperti beruang dan bulu russet tebal. Perut dan anggota badan berwarna hitam, dan terdapat tanda putih di sisi kepala dan di atas mata kecilnya.

Hamster Eropah Bukan Untuk Peliharaan

Hamster Eropah atau lebih dikenali sebagai Eurasian Hamster merupakan hamster yang ganas serta liar dan mereka tidak sesuai dijadikan haiwan peliharaan. Mana tidaknya silap-silap jari anda akan mengalami luka besar dan pendarahan banyak apabila digigit haiwan ini.

9 Fakta Menarik Tentang Harimau Malaya

Harimau Malaya atau harimau belang mungkin lebih dikenali dengan sifat yang ganas dan buas. Namun di sebalik itu, ada banyak fakta menarik tentang mereka yang perlu kamu tahu.

Koala

Herbivor yang berasal dari Australia ini digelar beruang Koala kerana fizikal mereka seakan beruang kecil yang bulat dan gebu, selalu tersenyum dan menghiburkan ,dan membuat kita geram untuk memeluk mereka. Hakikatnya, Koala bukanlah dari spesis beruang tetapi dari spesisnya yang tersendiri.

4 Cara Mudah Mandikan Hedgehog

Landak mini atau lebih dikenali sebagai Hedgehog merupakan antara haiwan kecil yang sering menjadi pilihan pencinta haiwan untuk dijadikan sebagai peliharaan. Keletah serta kecomelannya mampu menarik perhatian sesiapa sahaja.

Habitat Iguana

Mudah, namun perlu diberi perhatian sewajarnya. Menyediakan habitat yang sesuai untuk Iguana akan membantu Iguana lebih mudah menyesuaikan diri dan mesra dengan kamu.

Landak Mini

Hedgehog, atau Bahasa Melayunya landak mini, mendapat nama daripada caranya mencari makanan. Haiwan ini merayau di sekitar pokok renek (hedge) dan mengeluarkan bunyi seakan-akan khinzir (hog). Di sebalik pokok renek ini lazimnya terdapat serangga, cacing, siput, tikus, katak dan ular kecil yang menjadi makanannya.

Shedding Ular

Shedding adalah perkara biasa bagi kebanyakan reptilia. Proses ini berlaku untuk ular menukar ‘baju’ iaitu kulit baru selari dengan tumbesaran mereka.

Tentang Kami

Petsarecute.my ialah sebuah media digital yang memaparkan informasi-informasi dan berita-berita terbaru tentang haiwan kesayangan untuk semua peminat-peminat haiwan seluruh dunia.

Kami Juga Bersosial

Artikel Terkini

Ikuti Kami




Anda Mungkin Sukai

RAKAN DI RIMBA

PANDA MERAH -PUPUS KERANA BULUNYA YANG LEMBUT

Diburu dan dibunuh kerana bulunya yang digebu serta lembut bagi menghasilkan perhiasan wanita seperti topi menyebabkan haiwan yang digelar panda merah ini semakin berkurangan dan diancam kepupusan.

Uncatogrized

12 FAKTA MENGENAI PANDA MERAH

Panda merah sedikit lebih besar daripada kucing domestik dengan badan seperti beruang dan bulu russet tebal. Perut dan anggota badan berwarna hitam, dan terdapat tanda putih di sisi kepala dan di atas mata kecilnya.

RAKAN DI RIMBA

Hamster Eropah Bukan Untuk Peliharaan

Hamster Eropah atau lebih dikenali sebagai Eurasian Hamster merupakan hamster yang ganas serta liar dan mereka tidak sesuai dijadikan haiwan peliharaan. Mana tidaknya silap-silap jari anda akan mengalami luka besar dan pendarahan banyak apabila digigit haiwan ini.

Uncatogrized

9 Fakta Menarik Tentang Harimau Malaya

Harimau Malaya atau harimau belang mungkin lebih dikenali dengan sifat yang ganas dan buas. Namun di sebalik itu, ada banyak fakta menarik tentang mereka yang perlu kamu tahu.

Uncatogrized

Koala

Herbivor yang berasal dari Australia ini digelar beruang Koala kerana fizikal mereka seakan beruang kecil yang bulat dan gebu, selalu tersenyum dan menghiburkan ,dan membuat kita geram untuk memeluk mereka. Hakikatnya, Koala bukanlah dari spesis beruang tetapi dari spesisnya yang tersendiri.

Uncatogrized

4 Cara Mudah Mandikan Hedgehog

Landak mini atau lebih dikenali sebagai Hedgehog merupakan antara haiwan kecil yang sering menjadi pilihan pencinta haiwan untuk dijadikan sebagai peliharaan. Keletah serta kecomelannya mampu menarik perhatian sesiapa sahaja.

Uncatogrized

Habitat Iguana

Mudah, namun perlu diberi perhatian sewajarnya. Menyediakan habitat yang sesuai untuk Iguana akan membantu Iguana lebih mudah menyesuaikan diri dan mesra dengan kamu.

GAYA HIDUP

Kucing Gemuk Yang Berisiko Penyakit

Tahukan anda gemuk itu mungkin memudaratkan? Ketahui tentang kucing gemuk cantik atau penyakit di sini!

GAYA HIDUP

Landak Mini

Hedgehog, atau Bahasa Melayunya landak mini, mendapat nama daripada caranya mencari makanan. Haiwan ini merayau di sekitar pokok renek (hedge) dan mengeluarkan bunyi seakan-akan khinzir (hog). Di sebalik pokok renek ini lazimnya terdapat serangga, cacing, siput, tikus, katak dan ular kecil yang menjadi makanannya.

REPTILIA

Shedding Ular

Shedding adalah perkara biasa bagi kebanyakan reptilia. Proses ini berlaku untuk ular menukar ‘baju’ iaitu kulit baru selari dengan tumbesaran mereka.

GAYA HIDUP

Dandanan Kucing

Kucing boleh menjaga dan mendandan diri mereka sendiri ? Inilah mitos yang menyebabkan ramai tidak memberi perhatian untuk menjaga kucing mereka secara total.

GAYA HIDUP

Fakta Mengenai Anjing

Anjing merupakan antara haiwan mamalia yang terawal dijinakkan oleh manusia sejak 30,000 tahun yang lepas. Manusia mula menjinakkan omnivor comel bagi pelbagai tujuan untuk membantu menjalani kehidupan seharian pada waktu berkenaan.

GAYA HIDUP

5 Fakta Tentang Kucing

Kucing merupakan peneman yang terbaik. Bukan sahaja mereka comel, mereka juga boleh diharap untuk menangkap tikus atau serangga yang berada di dalam rumah. Kehadiran mereka boleh membuatkan kita hilang stress. Best kan?

GAYA HIDUP

Kucing : Kesedaran Manusia dan Survival

Dengan kemudahan fasiliti perubatan dan kesedaran tentang amalan pemakanan baik untuk mereka, kucing semestinya dapat menjadi teman karib untuk tempoh masa yang lama untuk manusia.

GAYA HIDUP

Haiwan Peliharaan Sebagai Teman Penghibur

Ada sebab mengapa setengah orang memilih untuk membela haiwan peliharaan dan menjadikan ia sebahagian dari kehidupan, malahan ada juga yang menganggap mereka sebagai ahli keluarga sendiri.

MAMALIA

Kenali Sugar Glider

Comel, lincah dan aktif. Rangkai kata paling tepat yang menggambarkan karakter istimewa haiwan kecil persis tupai yang menjadi kegilaan pencinta haiwan peliharaan eksotik masa kini. Haiwan berbulu lembut yang manja ini digelar sugar glider sering kali mencuri tumpuan khalayak jika dibawa ke tempat umum. Tidak hairan jika ada yang datang mengerumuni seolah-olah seperti melihat selebriti.

REPTILIA

10 Fakta Tentang Iguana

Gergasi berhati lembut yang genius – itulah dia Iguana. Iguana sangat popular di kalangan peminat haiwan eksotik kerana di sebalik muka dan fizikalnya yang agak garang dan menakutkan, mereka sebenarnya sangat mesra, manja dan menghiburkan.

BURUNG

9 Fakta Menarik Burung Baji

Burung baji boleh dikatakan antara sub-spesis burung kakak tua paling popular di seluruh dunia. Mereka menjadi kegilaan pencinta haiwan kerana bukan sahaja warna mereka yang menarik dan kos penjagaan mereka yang rendah, malah jika dilatih dengan baik, mereka mampu mengajuk percakapan manusia. Comel kan?

Uncatogrized

Panduan Memelihara Ball Phyton

Secara purata, Ball Phyton boleh hidup antara 20-40 tahun, jadi pastikan kamu melengkapkan diri kamu dengan ilmu-ilmu mengenai penjagaan mereka.

Close Menu