Landak Mini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Hedgehog, atau Bahasa Melayunya landak mini, mendapat nama daripada caranya mencari makanan. Haiwan ini merayau di sekitar pokok renek (hedge) dan mengeluarkan bunyi seakan-akan khinzir (hog). Di sebalik pokok renek ini lazimnya terdapat serangga, cacing, siput, tikus, katak dan ular kecil yang menjadi makanannya.

Bercakap mengenai landak mini, adakah anda masih ingat watak kartun berduri bewarna biru “Sonic the Hedgehog? Sonic sangat terkenal dengan pergerakannya yang laju. Semasa kecil dahulu, kita pasti tertanya-tanya apakah dia hedgehog dan bagaimanakah rupanya. Nak kenali si kecil berduri tapi manja ini? Kami kongsikan untuk pengetahuan anda.

Ciri-ciri umum Landak Mini

Haiwan mamalia ini mempunyai deria dengar dan hidu yang sangat baik,tetapi deria mata yang agak lemah. Landak mini mempunyai duri yang yang keras dan tajam di belakang badannya. Jika diserang, mereka akan menggulungkan badannya menjadi bola berduri. Lazimnya si pintar ini tidur pada siang dalam keadaan bergulung dan bangun mencari makanan pada waktu malam.

<div class="wp-block-image"><figure class="aligncenter size-large"><img src="https://www.petsarecute.my/wp-content/uploads/2019/11/pexels-photo-207900-1.jpeg" alt="" class="wp-image-2212"/></figure></div>landak

Walaupun cara perlindungan diri landak mini hampir sama dengan landak biasa, tetapi hedgehog bukanlah daripada keluarga yang sama dengan landak. Duri hedgehog tidaklah setajam landak. Di samping itu, landak boleh “menembak” durinya untuk mempertahankan diri tetapi duri landak mini tidak boleh dicabut. Berbeza dengan hedgehog, landak adalah daripada spesis tikus.

Ketika cuaca sejuk, landak mini ‘bertapa’ seperti beruang. Di padang pasir pula, mereka tidur ketika panas dan kemarau seperti hibernasi – proses ini dipanggil pengestivatan. Dengan cuaca di Malaysia pula, hedgehog aktif sepanjang tahun.

Haiwan penyendiri ini lazimnya hanya berteman ketika hendak mengawan. Hedgehog boleh melahirkan dari satu hingga ke sebelas ekor anak dalam satu kelahiran. Hedgehog muda cuma bersama dengan ibunya selama empat ke tujuh minggu sebelum hidup sendiri.

<div class="wp-block-image"><figure class="aligncenter size-large"><img src="https://www.petsarecute.my/wp-content/uploads/2019/11/db0841122133e8a99e936f4b5d4c8621-1.jpg" alt="" class="wp-image-2213"/></figure></div>landak

Si Landak Mini sebagai haiwan belaan

Ramai yang gemar menjadikan si duri ini sebagai haiwan belaan kerana penjagaan mereka cukup ringkas. Haiwan ini mudah menyesuaikan diri dengan gaya hidup tuannya. Hedgehog juga tidak perlukan teman sepanjang masa menjadikannya sebagai pilihan terbaik untuk dibela. Makanan hedgehog sangat mudah dicari, bermakna membela hedgehog tidaklah serumit binatang lain.

Walaupun tidak memerlukan vaksin seperti haiwan peliharaan lain, mereka perlu juga dibawa berjumpa doktor haiwan sekurang-kurangnya setahun sekali untuk pemeriksaan rutin. Hedgehog boleh menghidap penyakit seperti manusia, antaranya kanser, masalah hati dan penyakit kardiovaskular.

Si comel berduri ini memerlukan sangkar yang luas, dan perlu diletakkan di dalam rumah. Hedgehog boleh diberi makanan kering berkualiti untuk anjing atau kucing. Tetapi, ada sahaja kedai haiwan peliharaan menjual makanan khusus untuk hedgehog. Walaupun najis hedgehog berbau (seperti semua haiwan lain), tetapi hedgehog itu sendiri tidak mempunyai bau yang kuat. Jangka hayat hedgehog adalah antara 3-6 tahun, bermakna hedgehog tidak memerlukan komitmen jangka panjang untuk dibela.

<div class="wp-block-image"><figure class="aligncenter size-large"><img src="https://www.petsarecute.my/wp-content/uploads/2019/11/d84b4ac58cfd71046164325f453450d4-1.jpg" alt="" class="wp-image-2214"/></figure></div>

Masa untuk bonding !

Menjadi kebiasaan untuk mereka tidur pada waktu siang, tetapi kamu boleh saja memegang hedgehog peliharaan sambil membiarkannya tidur. Mereka tidak mengeluarkan bunyi yang kuat, tetapi jika haiwan ini berasa gembira mereka boleh mengeluarkan bunyi seakan-akan dengkur halus. Hedgehog juga tidak memanjat langsir atau merosakkan perabot. Hedgehog mudah digembirakan dan boleh menjadi rapat dengan tuannya. Tuan hedgehog perlu membelai hedgehog selalu supaya mereka tidak berasa takut dengan manusia. Hedgehog yang takut dengan manusia akan sentiasa menggulungkan badannya. Kamu perlulah pandai mengambil hatinya dengan mengusapnya dengan perlahan-lahan.

Keletah hedgehog juga sangat comel, lebih-lebih lagi apabila melihat mereka berlari di atas lantai atau ketika menggerakkan hidungnya. Hedgehog gemar bermain dengan terowong kecil, yang boleh dibuat menggunakan tiub tisu tandas atau roda khas untuk hedgehog. Hedgehog yang sudah biasa dengan manusia selalunya lebih rapat dengan tuannya. Jika hedgehog ini berasa takut dan menggulungkan badannya, hedgehog akan bertenang apabila mendengar suara atau tercium bau tuannya.

Jika kamu sedang mencari haiwan peliharaan untuk dijadikan teman, hedgehog mungkin boleh menjadi pilihan. Hedghog mudah dijaga, suka dibelai, dan tidak memerlukan komitmen yang lama. Cubalah lihat keletah hedgehog di kedai haiwan peliharaan sebelum membawanya pulang, pasti kamu tidak akan menyesal.

Lawati page Facebook kami : www.facebbok/petsarecute dan pilih seekor si duri kecil ini untuk diabwa pulang hari ini juga,

Bacaan seterusnya : KLIK SINI https://www.petsarecute.my/shedding-cara-betul-uruskan-ular-bersalin-kulit/

Kongsi Artikel Ini Dengan Rakan-Rakan!

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on telegram
Share on email
Share on print

Leave a Reply




Banyak Yang Anda Perlu Tahu

PANDA MERAH -PUPUS KERANA BULUNYA YANG LEMBUT

Diburu dan dibunuh kerana bulunya yang digebu serta lembut bagi menghasilkan perhiasan wanita seperti topi menyebabkan haiwan yang digelar panda merah ini semakin berkurangan dan diancam kepupusan.

12 FAKTA MENGENAI PANDA MERAH

Panda merah sedikit lebih besar daripada kucing domestik dengan badan seperti beruang dan bulu russet tebal. Perut dan anggota badan berwarna hitam, dan terdapat tanda putih di sisi kepala dan di atas mata kecilnya.

Hamster Eropah Bukan Untuk Peliharaan

Hamster Eropah atau lebih dikenali sebagai Eurasian Hamster merupakan hamster yang ganas serta liar dan mereka tidak sesuai dijadikan haiwan peliharaan. Mana tidaknya silap-silap jari anda akan mengalami luka besar dan pendarahan banyak apabila digigit haiwan ini.

9 Fakta Menarik Tentang Harimau Malaya

Harimau Malaya atau harimau belang mungkin lebih dikenali dengan sifat yang ganas dan buas. Namun di sebalik itu, ada banyak fakta menarik tentang mereka yang perlu kamu tahu.

Koala

Herbivor yang berasal dari Australia ini digelar beruang Koala kerana fizikal mereka seakan beruang kecil yang bulat dan gebu, selalu tersenyum dan menghiburkan ,dan membuat kita geram untuk memeluk mereka. Hakikatnya, Koala bukanlah dari spesis beruang tetapi dari spesisnya yang tersendiri.

4 Cara Mudah Mandikan Hedgehog

Landak mini atau lebih dikenali sebagai Hedgehog merupakan antara haiwan kecil yang sering menjadi pilihan pencinta haiwan untuk dijadikan sebagai peliharaan. Keletah serta kecomelannya mampu menarik perhatian sesiapa sahaja.

Habitat Iguana

Mudah, namun perlu diberi perhatian sewajarnya. Menyediakan habitat yang sesuai untuk Iguana akan membantu Iguana lebih mudah menyesuaikan diri dan mesra dengan kamu.

Shedding Ular

Shedding adalah perkara biasa bagi kebanyakan reptilia. Proses ini berlaku untuk ular menukar ‘baju’ iaitu kulit baru selari dengan tumbesaran mereka.

Tentang Kami

Petsarecute.my ialah sebuah media digital yang memaparkan informasi-informasi dan berita-berita terbaru tentang haiwan kesayangan untuk semua peminat-peminat haiwan seluruh dunia.

Kami Juga Bersosial

Artikel Terkini

Ikuti Kami




Anda Mungkin Sukai

RAKAN DI RIMBA

PANDA MERAH -PUPUS KERANA BULUNYA YANG LEMBUT

Diburu dan dibunuh kerana bulunya yang digebu serta lembut bagi menghasilkan perhiasan wanita seperti topi menyebabkan haiwan yang digelar panda merah ini semakin berkurangan dan diancam kepupusan.

Uncatogrized

12 FAKTA MENGENAI PANDA MERAH

Panda merah sedikit lebih besar daripada kucing domestik dengan badan seperti beruang dan bulu russet tebal. Perut dan anggota badan berwarna hitam, dan terdapat tanda putih di sisi kepala dan di atas mata kecilnya.

RAKAN DI RIMBA

Hamster Eropah Bukan Untuk Peliharaan

Hamster Eropah atau lebih dikenali sebagai Eurasian Hamster merupakan hamster yang ganas serta liar dan mereka tidak sesuai dijadikan haiwan peliharaan. Mana tidaknya silap-silap jari anda akan mengalami luka besar dan pendarahan banyak apabila digigit haiwan ini.

Uncatogrized

9 Fakta Menarik Tentang Harimau Malaya

Harimau Malaya atau harimau belang mungkin lebih dikenali dengan sifat yang ganas dan buas. Namun di sebalik itu, ada banyak fakta menarik tentang mereka yang perlu kamu tahu.

Uncatogrized

Koala

Herbivor yang berasal dari Australia ini digelar beruang Koala kerana fizikal mereka seakan beruang kecil yang bulat dan gebu, selalu tersenyum dan menghiburkan ,dan membuat kita geram untuk memeluk mereka. Hakikatnya, Koala bukanlah dari spesis beruang tetapi dari spesisnya yang tersendiri.

Uncatogrized

4 Cara Mudah Mandikan Hedgehog

Landak mini atau lebih dikenali sebagai Hedgehog merupakan antara haiwan kecil yang sering menjadi pilihan pencinta haiwan untuk dijadikan sebagai peliharaan. Keletah serta kecomelannya mampu menarik perhatian sesiapa sahaja.

Uncatogrized

Habitat Iguana

Mudah, namun perlu diberi perhatian sewajarnya. Menyediakan habitat yang sesuai untuk Iguana akan membantu Iguana lebih mudah menyesuaikan diri dan mesra dengan kamu.

GAYA HIDUP

Kucing Gemuk Yang Berisiko Penyakit

Tahukan anda gemuk itu mungkin memudaratkan? Ketahui tentang kucing gemuk cantik atau penyakit di sini!

GAYA HIDUP

Landak Mini

Hedgehog, atau Bahasa Melayunya landak mini, mendapat nama daripada caranya mencari makanan. Haiwan ini merayau di sekitar pokok renek (hedge) dan mengeluarkan bunyi seakan-akan khinzir (hog). Di sebalik pokok renek ini lazimnya terdapat serangga, cacing, siput, tikus, katak dan ular kecil yang menjadi makanannya.

REPTILIA

Shedding Ular

Shedding adalah perkara biasa bagi kebanyakan reptilia. Proses ini berlaku untuk ular menukar ‘baju’ iaitu kulit baru selari dengan tumbesaran mereka.

GAYA HIDUP

Dandanan Kucing

Kucing boleh menjaga dan mendandan diri mereka sendiri ? Inilah mitos yang menyebabkan ramai tidak memberi perhatian untuk menjaga kucing mereka secara total.

GAYA HIDUP

Fakta Mengenai Anjing

Anjing merupakan antara haiwan mamalia yang terawal dijinakkan oleh manusia sejak 30,000 tahun yang lepas. Manusia mula menjinakkan omnivor comel bagi pelbagai tujuan untuk membantu menjalani kehidupan seharian pada waktu berkenaan.

GAYA HIDUP

5 Fakta Tentang Kucing

Kucing merupakan peneman yang terbaik. Bukan sahaja mereka comel, mereka juga boleh diharap untuk menangkap tikus atau serangga yang berada di dalam rumah. Kehadiran mereka boleh membuatkan kita hilang stress. Best kan?

GAYA HIDUP

Kucing : Kesedaran Manusia dan Survival

Dengan kemudahan fasiliti perubatan dan kesedaran tentang amalan pemakanan baik untuk mereka, kucing semestinya dapat menjadi teman karib untuk tempoh masa yang lama untuk manusia.

GAYA HIDUP

Haiwan Peliharaan Sebagai Teman Penghibur

Ada sebab mengapa setengah orang memilih untuk membela haiwan peliharaan dan menjadikan ia sebahagian dari kehidupan, malahan ada juga yang menganggap mereka sebagai ahli keluarga sendiri.

MAMALIA

Kenali Sugar Glider

Comel, lincah dan aktif. Rangkai kata paling tepat yang menggambarkan karakter istimewa haiwan kecil persis tupai yang menjadi kegilaan pencinta haiwan peliharaan eksotik masa kini. Haiwan berbulu lembut yang manja ini digelar sugar glider sering kali mencuri tumpuan khalayak jika dibawa ke tempat umum. Tidak hairan jika ada yang datang mengerumuni seolah-olah seperti melihat selebriti.

REPTILIA

10 Fakta Tentang Iguana

Gergasi berhati lembut yang genius – itulah dia Iguana. Iguana sangat popular di kalangan peminat haiwan eksotik kerana di sebalik muka dan fizikalnya yang agak garang dan menakutkan, mereka sebenarnya sangat mesra, manja dan menghiburkan.

BURUNG

9 Fakta Menarik Burung Baji

Burung baji boleh dikatakan antara sub-spesis burung kakak tua paling popular di seluruh dunia. Mereka menjadi kegilaan pencinta haiwan kerana bukan sahaja warna mereka yang menarik dan kos penjagaan mereka yang rendah, malah jika dilatih dengan baik, mereka mampu mengajuk percakapan manusia. Comel kan?

Uncatogrized

Panduan Memelihara Ball Phyton

Secara purata, Ball Phyton boleh hidup antara 20-40 tahun, jadi pastikan kamu melengkapkan diri kamu dengan ilmu-ilmu mengenai penjagaan mereka.

Close Menu