Koala

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Herbivor yang berasal dari Australia ini digelar beruang Koala kerana fizikal mereka seakan beruang kecil yang bulat dan gebu, selalu tersenyum dan menghiburkan ,dan membuat kita geram untuk memeluk mereka. Hakikatnya, Koala bukanlah dari spesis beruang tetapi dari spesisnya yang tersendiri.

Koala, haiwan comel yang menjadi haiwan rasmi Australia ini sebenarnya bukanlah dari spesis beruang, sebaliknya koala adalah haiwan marsupial atau mamalia yang mempunyai kantung untuk anak-anak mereka menyusu. Mereka digelar beruang kerana mempunyai ciri fizikal dan tabiat seakan beruang kecil, namun Koala adalah dari sub spesis Phascolarctidae (Vombatiformes).

CIRI-CIRI FIZIKAL KOALA

Saiz fizikal Koala dipengaruhi oleh kedudukan geografi mereka. Koala di bahagian selatan Australia lazimnya berukuran sekitar 60 hingga 85 cm panjang (24 hingga 33 inci) dan berat sehingga 14 kg (31 paun), tetapi saiz badan mereka hanya kira-kira separuh dari ukuran ini di kawasan utara Australia. Koala tidak mempunyai ekor. Mereka memiliki badan yang tegap dan bewarna kelabu, dengan dada berwarna kuning pucat atau berwarna krim. Wajah Koala sedikit luas ,mempunyai hidung yang lebar, bulat, keras, mata kuning kecil, dan telinga besar berbulu. ‘Beruang kecil’ ini mempunyai kaki yang kuat dan berkuku tajam, dengan dua jari kaki hadapan dan jari paling bawah kaki belakang adalah berfungsi untuk mencengkam dahan pokok ketika mereka makan, tidur dan sebagainya.

DIET KOALA

Koala boleh dilihat di bahagian Timur Australia di mana terdapat banyak pohon eucalyptus yang menjadi makanan kegemaran mereka. Mereka menghabiskan banyak masa di atas pokok eucalyptus, dan sangat jarang turun dari pokok ini. Masa tidur dan bermain semunya di atas pokok. Si comel ini menghabiskan masa sehingga 20 jam sehari untuk tidur!

Pada waktu berjaga, Koala hidup dengan memakan daun pokok eucalyptus, terutamanya pada waktu malam. Mereka tidak minum air yang banyak kerana sumber air utama adalah kelembapan pada daun eucalyptus. Beruang comel ini makan daun dalam kuantiti yang banyak mengikut saiz mereka. Kebiasaannya, mereka mampu makan sehingga 2 setengah paun sehari. Koala juga mempunyai tabiat menyimpan makanan di celah-celah ruang pipi di dalam mulut mereka.

Sistem pencernaan yang baik dibantu oleh usus yang panjang membolehkan Koala menghadam daun eucalyptus dengan baik dan tidak mengalami keracunan. Disebabkan mereka mengunyah daun eucalyptus dengan banyak dalam tempoh berterusan, Koala mempunyai bau yang menyerupai ubat batuk. Walaupun Koala adalah haiwan yang tenang, mereka mengeluarkan bunyi seperti dengusan yang kuat dan agak menakutkan.

POPULASI KOALA

Haiwan gebu ini diburu secara aktif sekitar tahun 1920-an, dan menjelang era 1930-an, jumlah Koala makin berkurangan dan spesis ini mula diancam kepupusan. Namun, langkah memulihkan bilangan mereka telah diambil dan mereka bebas dari zon pupus. Walaupun begitu, populasi mereka telah jauh mengecil dari jumlah asal dan bertebaran di banyak tempat berlainan. Keperluan mereka yang tinggi terhadap pokok eucalyptus dengan purata 100 pokok untuk seekor Koala menimbulkan isu yang sangat menekan kerana kawasan hutan di Australia semakin mengecil.Selain itu, ancaman jangkitan penyakit seperti Chlamydia menyebabkan Koala betina sukar untuk hamil turut menjadi ancaman kepada mereka untuk terus berkembang biak.

Koala adalah dari keluarga Phascolarctidae. Mereka berbeza dengan marsupial arboreal yang lain kerana memiliki bukaan kantung di tepi badan , bukan di tengah. Mereka biasanya melahirkan seekor sahaja anak setiap kali bunting , dengan tempoh bunting di antara 34 ke 36 hari. Anak Koala dipanggil joey, dan mereka akan pertama kali keluar dari kantung ibu mereka pada usia 5 bulan dengan menjengahkan kepala keluar terlebih dahulu. Joey hidup untuk tempoh 6 minggu pertama dengan menghisap sisa cecair daun eucalyptus yang dinamakan pap dari anu si ibu. Setelah mencapai tempoh matang, joey akan keluar dari kantung ibunya dan berpaut di belakang badan ibunya sehingga mencapai umur satu tahun. Purata umur Koala adalah sekitar 15 tahun, dengan anggaran tempoh hidup lebih lama dalam peliharaan manusia.

<div class="wp-block-image"><figure class="aligncenter size-large"><img src="https://www.petsarecute.my/wp-content/uploads/2020/02/pexels-photo-146083.jpeg" alt="" class="wp-image-3644"/></figure></div>

Walaupun International Union for Conservation of Nature (IUCN) telah mengisytiharkan Koala bukan lagi berada dalam kategori haiwan terancam,kerajaan Australia telah menggazetkan mereka dalam kategori ini pada tahun 2012.

Dunia dikejutkan dengan kebakaran besar yang melanda hutan Australia pada November 2019 yang lepas dan laporan awal menganggarkan lebih 25 ribu Koala terbunuh di Pulau Kanggaroo sahaja dan lebih 8000 ekor yang lain dikhuatiri terkorban di New South Wales. Kebakaran ini pastinya akan menjejaskan kuantiti Koala pada keseluruhannya. Ianya merupakan kehilangan yang sangat besar dan diharapkan pihak berkenaan dapat mengambil langkah memulihkan dan meningkatkan populasi Koala menjadi lebih baik.

Anda ada fakta menarik tentang Koala yang ingin dikongsikan? Jangan lupa komen di bawah ini.

Lawati page Facebook kami :  https://www.facebook.com/pg/petsarecute/posts/

Instagram : https://www.instagram.com/petsarecute.petshop/

Bacaan seterusnya : KLIK SINI : https://www.petsarecute.my/hamster-eropah-bukan-untuk-peliharaan/

Kongsi Artikel Ini Dengan Rakan-Rakan!

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on telegram
Share on email
Share on print

Leave a Reply




Banyak Yang Anda Perlu Tahu

PANDA MERAH -PUPUS KERANA BULUNYA YANG LEMBUT

Diburu dan dibunuh kerana bulunya yang digebu serta lembut bagi menghasilkan perhiasan wanita seperti topi menyebabkan haiwan yang digelar panda merah ini semakin berkurangan dan diancam kepupusan.

12 FAKTA MENGENAI PANDA MERAH

Panda merah sedikit lebih besar daripada kucing domestik dengan badan seperti beruang dan bulu russet tebal. Perut dan anggota badan berwarna hitam, dan terdapat tanda putih di sisi kepala dan di atas mata kecilnya.

Hamster Eropah Bukan Untuk Peliharaan

Hamster Eropah atau lebih dikenali sebagai Eurasian Hamster merupakan hamster yang ganas serta liar dan mereka tidak sesuai dijadikan haiwan peliharaan. Mana tidaknya silap-silap jari anda akan mengalami luka besar dan pendarahan banyak apabila digigit haiwan ini.

9 Fakta Menarik Tentang Harimau Malaya

Harimau Malaya atau harimau belang mungkin lebih dikenali dengan sifat yang ganas dan buas. Namun di sebalik itu, ada banyak fakta menarik tentang mereka yang perlu kamu tahu.

4 Cara Mudah Mandikan Hedgehog

Landak mini atau lebih dikenali sebagai Hedgehog merupakan antara haiwan kecil yang sering menjadi pilihan pencinta haiwan untuk dijadikan sebagai peliharaan. Keletah serta kecomelannya mampu menarik perhatian sesiapa sahaja.

Habitat Iguana

Mudah, namun perlu diberi perhatian sewajarnya. Menyediakan habitat yang sesuai untuk Iguana akan membantu Iguana lebih mudah menyesuaikan diri dan mesra dengan kamu.

Landak Mini

Hedgehog, atau Bahasa Melayunya landak mini, mendapat nama daripada caranya mencari makanan. Haiwan ini merayau di sekitar pokok renek (hedge) dan mengeluarkan bunyi seakan-akan khinzir (hog). Di sebalik pokok renek ini lazimnya terdapat serangga, cacing, siput, tikus, katak dan ular kecil yang menjadi makanannya.

Shedding Ular

Shedding adalah perkara biasa bagi kebanyakan reptilia. Proses ini berlaku untuk ular menukar ‘baju’ iaitu kulit baru selari dengan tumbesaran mereka.

Tentang Kami

Petsarecute.my ialah sebuah media digital yang memaparkan informasi-informasi dan berita-berita terbaru tentang haiwan kesayangan untuk semua peminat-peminat haiwan seluruh dunia.

Kami Juga Bersosial

Artikel Terkini

Ikuti Kami




Anda Mungkin Sukai

RAKAN DI RIMBA

PANDA MERAH -PUPUS KERANA BULUNYA YANG LEMBUT

Diburu dan dibunuh kerana bulunya yang digebu serta lembut bagi menghasilkan perhiasan wanita seperti topi menyebabkan haiwan yang digelar panda merah ini semakin berkurangan dan diancam kepupusan.

Uncatogrized

12 FAKTA MENGENAI PANDA MERAH

Panda merah sedikit lebih besar daripada kucing domestik dengan badan seperti beruang dan bulu russet tebal. Perut dan anggota badan berwarna hitam, dan terdapat tanda putih di sisi kepala dan di atas mata kecilnya.

RAKAN DI RIMBA

Hamster Eropah Bukan Untuk Peliharaan

Hamster Eropah atau lebih dikenali sebagai Eurasian Hamster merupakan hamster yang ganas serta liar dan mereka tidak sesuai dijadikan haiwan peliharaan. Mana tidaknya silap-silap jari anda akan mengalami luka besar dan pendarahan banyak apabila digigit haiwan ini.

Uncatogrized

9 Fakta Menarik Tentang Harimau Malaya

Harimau Malaya atau harimau belang mungkin lebih dikenali dengan sifat yang ganas dan buas. Namun di sebalik itu, ada banyak fakta menarik tentang mereka yang perlu kamu tahu.

Uncatogrized

Koala

Herbivor yang berasal dari Australia ini digelar beruang Koala kerana fizikal mereka seakan beruang kecil yang bulat dan gebu, selalu tersenyum dan menghiburkan ,dan membuat kita geram untuk memeluk mereka. Hakikatnya, Koala bukanlah dari spesis beruang tetapi dari spesisnya yang tersendiri.

Uncatogrized

4 Cara Mudah Mandikan Hedgehog

Landak mini atau lebih dikenali sebagai Hedgehog merupakan antara haiwan kecil yang sering menjadi pilihan pencinta haiwan untuk dijadikan sebagai peliharaan. Keletah serta kecomelannya mampu menarik perhatian sesiapa sahaja.

Uncatogrized

Habitat Iguana

Mudah, namun perlu diberi perhatian sewajarnya. Menyediakan habitat yang sesuai untuk Iguana akan membantu Iguana lebih mudah menyesuaikan diri dan mesra dengan kamu.

GAYA HIDUP

Kucing Gemuk Yang Berisiko Penyakit

Tahukan anda gemuk itu mungkin memudaratkan? Ketahui tentang kucing gemuk cantik atau penyakit di sini!

GAYA HIDUP

Landak Mini

Hedgehog, atau Bahasa Melayunya landak mini, mendapat nama daripada caranya mencari makanan. Haiwan ini merayau di sekitar pokok renek (hedge) dan mengeluarkan bunyi seakan-akan khinzir (hog). Di sebalik pokok renek ini lazimnya terdapat serangga, cacing, siput, tikus, katak dan ular kecil yang menjadi makanannya.

REPTILIA

Shedding Ular

Shedding adalah perkara biasa bagi kebanyakan reptilia. Proses ini berlaku untuk ular menukar ‘baju’ iaitu kulit baru selari dengan tumbesaran mereka.

GAYA HIDUP

Dandanan Kucing

Kucing boleh menjaga dan mendandan diri mereka sendiri ? Inilah mitos yang menyebabkan ramai tidak memberi perhatian untuk menjaga kucing mereka secara total.

GAYA HIDUP

Fakta Mengenai Anjing

Anjing merupakan antara haiwan mamalia yang terawal dijinakkan oleh manusia sejak 30,000 tahun yang lepas. Manusia mula menjinakkan omnivor comel bagi pelbagai tujuan untuk membantu menjalani kehidupan seharian pada waktu berkenaan.

GAYA HIDUP

5 Fakta Tentang Kucing

Kucing merupakan peneman yang terbaik. Bukan sahaja mereka comel, mereka juga boleh diharap untuk menangkap tikus atau serangga yang berada di dalam rumah. Kehadiran mereka boleh membuatkan kita hilang stress. Best kan?

GAYA HIDUP

Kucing : Kesedaran Manusia dan Survival

Dengan kemudahan fasiliti perubatan dan kesedaran tentang amalan pemakanan baik untuk mereka, kucing semestinya dapat menjadi teman karib untuk tempoh masa yang lama untuk manusia.

GAYA HIDUP

Haiwan Peliharaan Sebagai Teman Penghibur

Ada sebab mengapa setengah orang memilih untuk membela haiwan peliharaan dan menjadikan ia sebahagian dari kehidupan, malahan ada juga yang menganggap mereka sebagai ahli keluarga sendiri.

MAMALIA

Kenali Sugar Glider

Comel, lincah dan aktif. Rangkai kata paling tepat yang menggambarkan karakter istimewa haiwan kecil persis tupai yang menjadi kegilaan pencinta haiwan peliharaan eksotik masa kini. Haiwan berbulu lembut yang manja ini digelar sugar glider sering kali mencuri tumpuan khalayak jika dibawa ke tempat umum. Tidak hairan jika ada yang datang mengerumuni seolah-olah seperti melihat selebriti.

REPTILIA

10 Fakta Tentang Iguana

Gergasi berhati lembut yang genius – itulah dia Iguana. Iguana sangat popular di kalangan peminat haiwan eksotik kerana di sebalik muka dan fizikalnya yang agak garang dan menakutkan, mereka sebenarnya sangat mesra, manja dan menghiburkan.

BURUNG

9 Fakta Menarik Burung Baji

Burung baji boleh dikatakan antara sub-spesis burung kakak tua paling popular di seluruh dunia. Mereka menjadi kegilaan pencinta haiwan kerana bukan sahaja warna mereka yang menarik dan kos penjagaan mereka yang rendah, malah jika dilatih dengan baik, mereka mampu mengajuk percakapan manusia. Comel kan?

Uncatogrized

Panduan Memelihara Ball Phyton

Secara purata, Ball Phyton boleh hidup antara 20-40 tahun, jadi pastikan kamu melengkapkan diri kamu dengan ilmu-ilmu mengenai penjagaan mereka.

Close Menu