Kenali Sugar Glider

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Comel, lincah dan aktif. Rangkai kata paling tepat yang menggambarkan karakter istimewa haiwan kecil persis tupai yang menjadi kegilaan pencinta haiwan peliharaan eksotik masa kini. Haiwan berbulu lembut yang manja ini digelar sugar glider sering kali mencuri tumpuan khalayak jika dibawa ke tempat umum. Tidak hairan jika ada yang datang mengerumuni seolah-olah seperti melihat selebriti.

Haiwan eksotik cilik, atau nama saintifiknya Petaurus Breviceps merupakan  haiwan marsupial kecil yang boleh ditemui di Australia, Tasmania,  Indonesia dan Papua New Guinea. Ia mendapat namanya kerana sifatnya yang menggemari makanan manis dan mempunyai membran peluncur menyamai tupai terbang. Kemasukan haiwan nokturnal ini di Malaysia bermula sekitar awal tahun  2000 dan semakin mendapat tempat di hati pencinta haiwan sejak ia  dipaparkan dalam rancangan dokumentari popular baru-baru ini. Jom kenali Sugar Glider; si cilik pencuri hati !

Kenali Sugar Glider<div class="wp-block-image"><figure class="aligncenter"><img src="https://petsarecute.my/wp-content/uploads/2019/11/a0b7a532c3a0bed28da6407e3729ea80.jpg" alt="Kenali Sugar Glider" class="wp-image-1586"/></figure></div>

“Sugar glider ini merupakan haiwan sosial dan memerlukan pemiliknya meluangkan masa melayaninya selama tiga hingga empat jam sehari. “Jika dibiarkannya tanpa belaian, haiwan ini akan sunyi dan mengalami tekanan yang tinggi dan akhirnya membawa kepada kematian.

Kenali Sugar Glider<div class="wp-block-image"><figure class="aligncenter"><img src="https://petsarecute.my/wp-content/uploads/2019/11/a848a41179d5fb7249b1b174a48c165d.jpg" alt="Kenali Sugar Glider" class="wp-image-1587"/></figure></div>

Lengkapkan diri anda

PEMILIK ‘tupai terbang’ ini perlu bersedia dengan maklumat mengenai penjagaan kesihatan, tempat tinggal dan pengetahunan tentang diet yang betul dan seimbang.

Jika anda terlalu sibuk, mereka disarankan membela sepasang SG bagi  mengelakkan haiwan tersebut kesunyian. Jangan anggap memiliki mereka ini sebagai satu trend semata-mata kerana ia memerlukan komitmen yang tinggi daripada penjaganya. Mudah dijaga atau tidak, itu terpulang kepada seseorang individu itu sendiri. Sekiranya seseorang itu rajin, tabah, sabar dan pandai  mengatur jadualnya, maka penjagaan sudah pasti mudah sahaja.

Buat persediaan awal, sebelum seseorang itu mahu menjadikan mereka sebagai haiwan peliharaan, perkara wajib yang perlu dilakukan ialah  mengumpul maklumat penting terlebih dahulu sebagai persediaan. Selain mempunyai pengetahuan asas tentangnya, seseorang itu perlu  tahu cara memilih sugar glider yang sihat, menyediakan sangkar yang sesuai, kantung tidur, permainan, botol air dan makanan khas.

Jenis dan harga

Haiwan yang unik dari aspek penjagaannya ini mempunyai banyak  variasi warna. Paling lazim dibela orang adalah daripada jenis Classic Grey kerana ia murah dan mampu milik iaitu antara harga RM250 hingga  RM350 seekor. Antara variasi lain sugar glider ialah White Faced (RM450), White  Faced Blonde (RM700), Ring Tail (RM750), Mosaic (RM1,200), White  Mosaic (RM1,500), Creameino (RM1,500), Albino (RM1,800) dan Leucistic  (RM2,500).

Mengembangkan koloni

Tempoh bunting SG mengambil masa selama 16 hari dan apabila  lahir, anaknya akan tinggal di kantung ibunya (In Pouch) kira-kira dua  bulan dan putus susu dua bulan selepas keluar kantung. Anak mereka atau dipanggil `Joey’ boleh dipisahkan daripada  ibunya seawal dua bulan selepas keluar dari kantung ibunya (Out Of  Pouch) tetapi sebaik-baiknya pada umur tiga bulan selepas keluar dari  kantung.

Tempoh kematangan seksual bagi setiap mereka adalah berbeza tetapi  secara purata, SG betina matang pada umur lapan bulan ke atas  manakala jantan pada umur empat bulan ke atas. Haiwan yang mempunyai jangka hayat selama 10 hingga 15 tahun ini membiak dua hingga tiga kali setahun mengikut musim. Mereka biasanya  menghasilkan seekor hingga dua ekor anak paling minimum dan empat ekor  paling banyak. Haiwan eksotik ini aktif pada waktu malam.

“Diet yang betul dan seimbang akan membantu Sugar Glider untuk membesar dengan sihat.”

Keperluan Diet Seimbang

Walaupun haiwan ini menyukai makanan yang manis, ia juga mempunyai diet khas yang tersendiri. Pemakanannya harus seimbang dengan mengambil kira nutrisi seperti  protein (30-50 peratus), buah-buahan (20-30 peratus), sayur-sayuran (40  peratus) dan karbohidrat (15 peratus),” Diet tersebut juga boleh dibantu dengan pemberian suplemen wombaroo protein tinggi (HPW). HPW adalah diet yang paling senang untuk disediakan dan ia merupakan  diet yang paling hampir menyerupai pemakanan sugar glider di dalam  hutan. Ramai yang tidak mengambil berat tentang pemakanan sugar  glider sehingga menyebabkan haiwan kesayangan mereka itu sakit dan  menghidapi masalah kesihatan seperti obesiti, katarak, buta, lumpuh kaki  belakang dan jangkitan kuman.

Sifat Semulajadi Si Tupai Terbang

Sehingga ke hari ini, tiada sebarang sumber atau maklumat sahih yang dapat pastikan mana satu lebih liar  dan sukar dijinakkan. Setiap Sugar Glider punyai  perangai / ragam /  kegemaran / yang berbeza-beza. Ada yang dilahirkan suka makan buah, ada yang dilahirkan tidak suka makan buah. Ada yang suka berguling-guling,  ada yang suka bersendirian. Kerenah mereka ini berbeza-beza. Setiap pemilik sugar glider pasti sukar untuk berjumpa Sugar Glider yang sama perangainya dengan Sugar Glider yang mereka pernah sebelumnya.

Rutin Penjagaan Kebersihan

Sugar glider merupakan haiwan pembersih. Walaupun perilaku suka membuang air merata-rata, mereka akan membersihkan semula badan mereka. Cara yang boleh digunakan untuk memastikan badan Sugar  Glider sentiasa wangi, badan Sugar Glider boleh dilap dengan menggunakan tisu basah sahaja. Penggunaan semburan wangian yang sesuai juga boleh dipraktikkan.

Diet Yang Sesuai

Sugar Glider bayi makan  dalam kuantiti yang kecil! Hidangan makanan,  buah-buahan mestilah dalam kuantiti yang kecil untuk mengelakkan pembaziran. Sugar Glider mempunyai perangai yang suka memilih. Mereka lebih cenderung untuk memilih makanan yang lebih segar.  Jika makanan dah lembik dan tak menarik, biasanya ia tidak menjadi pilihan mereka. Contoh : Potong buah betik bentuk sebesar pemadam kecil untuk setiap hidangan sudah mencukupi.

Waktu yang paling sesuai untuk menghidang makanan Sugar Glider adalah sebanyak dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam. Pelbagaikan makanan seperti ayam rebus, telur rebus,  buah-buahan, sayur-sayuran, dan tambahkan palet sebagai makanan tambahan boleh dijadikan hidangan yang lazat dan seimbang untuk Sugar Glider anda.

Jaga Mereka Sebaiknya

Potong kuku sugar glider anda dan jangan biarkannya panjang. Kuku yang panjang boleh menyebabkan parut-parut kecil pada tangan anda. Sekali pun ia tidak mendatangkan kecederaan besar ia perlu diberi perhatian demi kebersihan dan perapian mereka. Pastikan kuku dipotong dengan betul dan pada bahagian yang sepatutnya bagi mengelakkan kecederaan.

Jangan biarkan Sugar Glider anda di dalam sangkar sahaja !  Selalulah bawa mereka  berjalan-jalan, selain untuk memberi mereka udara yang segar dah kelapangan fikiran, ia juga membantu mempercepatkan proses keserasian (bonding) dan kemesraan antara sugar glider dan pemilik mereka. Untuk langkah  keselamatan, pastikan sugar glider anda berada dalam pouch bag yang diyakini  selamat dan tak mudah bolos.

 “Sugar Glider boleh melepasi zip  yang tertutup !!! Jadi, berhati-hati jika membawa mereka berjalan-jalan. Pastikan zip pouch bag tidak boleh terbuka dengan mudah.”

Sugar Glider  merupakan sejenis haiwan yang manja. Sangat penuh dengan kasih-sayang. Penting untuk semua pemilik Sugar Glider meluangkan masa bersama Sugar Glider mereka. Luangkan masa bersama Sugar Glider setiap hari supaya ia tidak kesepian. Jangka masa yang dicadangkan untuk memastikan Sugar Glider anda sentiasa dalam keadaaan serasi adalah meluangkan masa dengan mereka antara 2 – 4 jam sehari.

Manjakan Sugar Glider Anda

Proses untuk memanjakan si kecil ini adalah satu proses yang mudah. Jangka masa untuk mereka manja bergantung kepada cara bagaimana kita melayan mereka. Tempoh untuk mereka manja adalah berbeza-beza bergantung kepada karakter dan perangai masing-masing. Usap sugar glider anda setiap hari. Jangan pedulikan gigitan dan kebisingan yang mereka lakukan. Biasanya gigitan tersebut akan bertukar jadi jilatan yang menunjukkan mereka sudah mula untuk menyukai pemilik mereka. Selain itu, pemilik mereka juga boleh memberi makanan yang enak kepada mereka dengan cara suapan. Cuba dengan memberi yogurt pada kuantiti yang kecil. Apabila mereka mula untuk makan, usap badan dan kepala mereka berulang-ulang kali. Kaedah meletakan baju yang  sudah dipakai ke dalam sangkar Sugar Glider juga dapat membantu mempercepatkan proses penyerasian. Mereka akan biasa dengan bau pemilik mereka dan ini akan membantu untuk membuatkan mereka lebih cepat menyesuaikan diri dan tidak takut dengan kehadiran anda.

Kami berharap, artikel ini dapat membantu pemilik Sugar Glider yang baru berjinak dengan dunia haiwan comel ini. Sayangilah mereka seperti anak anda sendiri. Pastikan mereka mendapat penjagaan yang sepatutnya dan hidup bahagia bersama anda di sana!

Sugar  glider yang mendapat perhatian dan kasih sayang yang penuh dari tuannya adalah Sugar Glider yang gembira dan sejahtera. =)

Jangan lupa kongsikan artikel ini bersama teman-teman yang lain juga! Jom like page Facebook kami : https://www.facebook.com/petsarecute/

Bacaan seterusnya : KLIK SINI : https://www.petsarecute.my/10-fakta-tentang-iguana/

Kongsi Artikel Ini Dengan Rakan-Rakan!

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on telegram
Share on email
Share on print

Leave a Reply




Banyak Yang Anda Perlu Tahu

PANDA MERAH -PUPUS KERANA BULUNYA YANG LEMBUT

Diburu dan dibunuh kerana bulunya yang digebu serta lembut bagi menghasilkan perhiasan wanita seperti topi menyebabkan haiwan yang digelar panda merah ini semakin berkurangan dan diancam kepupusan.

12 FAKTA MENGENAI PANDA MERAH

Panda merah sedikit lebih besar daripada kucing domestik dengan badan seperti beruang dan bulu russet tebal. Perut dan anggota badan berwarna hitam, dan terdapat tanda putih di sisi kepala dan di atas mata kecilnya.

Hamster Eropah Bukan Untuk Peliharaan

Hamster Eropah atau lebih dikenali sebagai Eurasian Hamster merupakan hamster yang ganas serta liar dan mereka tidak sesuai dijadikan haiwan peliharaan. Mana tidaknya silap-silap jari anda akan mengalami luka besar dan pendarahan banyak apabila digigit haiwan ini.

9 Fakta Menarik Tentang Harimau Malaya

Harimau Malaya atau harimau belang mungkin lebih dikenali dengan sifat yang ganas dan buas. Namun di sebalik itu, ada banyak fakta menarik tentang mereka yang perlu kamu tahu.

Koala

Herbivor yang berasal dari Australia ini digelar beruang Koala kerana fizikal mereka seakan beruang kecil yang bulat dan gebu, selalu tersenyum dan menghiburkan ,dan membuat kita geram untuk memeluk mereka. Hakikatnya, Koala bukanlah dari spesis beruang tetapi dari spesisnya yang tersendiri.

4 Cara Mudah Mandikan Hedgehog

Landak mini atau lebih dikenali sebagai Hedgehog merupakan antara haiwan kecil yang sering menjadi pilihan pencinta haiwan untuk dijadikan sebagai peliharaan. Keletah serta kecomelannya mampu menarik perhatian sesiapa sahaja.

Habitat Iguana

Mudah, namun perlu diberi perhatian sewajarnya. Menyediakan habitat yang sesuai untuk Iguana akan membantu Iguana lebih mudah menyesuaikan diri dan mesra dengan kamu.

Landak Mini

Hedgehog, atau Bahasa Melayunya landak mini, mendapat nama daripada caranya mencari makanan. Haiwan ini merayau di sekitar pokok renek (hedge) dan mengeluarkan bunyi seakan-akan khinzir (hog). Di sebalik pokok renek ini lazimnya terdapat serangga, cacing, siput, tikus, katak dan ular kecil yang menjadi makanannya.

Tentang Kami

Petsarecute.my ialah sebuah media digital yang memaparkan informasi-informasi dan berita-berita terbaru tentang haiwan kesayangan untuk semua peminat-peminat haiwan seluruh dunia.

Kami Juga Bersosial

Artikel Terkini

Ikuti Kami




Anda Mungkin Sukai

RAKAN DI RIMBA

PANDA MERAH -PUPUS KERANA BULUNYA YANG LEMBUT

Diburu dan dibunuh kerana bulunya yang digebu serta lembut bagi menghasilkan perhiasan wanita seperti topi menyebabkan haiwan yang digelar panda merah ini semakin berkurangan dan diancam kepupusan.

Uncatogrized

12 FAKTA MENGENAI PANDA MERAH

Panda merah sedikit lebih besar daripada kucing domestik dengan badan seperti beruang dan bulu russet tebal. Perut dan anggota badan berwarna hitam, dan terdapat tanda putih di sisi kepala dan di atas mata kecilnya.

RAKAN DI RIMBA

Hamster Eropah Bukan Untuk Peliharaan

Hamster Eropah atau lebih dikenali sebagai Eurasian Hamster merupakan hamster yang ganas serta liar dan mereka tidak sesuai dijadikan haiwan peliharaan. Mana tidaknya silap-silap jari anda akan mengalami luka besar dan pendarahan banyak apabila digigit haiwan ini.

Uncatogrized

9 Fakta Menarik Tentang Harimau Malaya

Harimau Malaya atau harimau belang mungkin lebih dikenali dengan sifat yang ganas dan buas. Namun di sebalik itu, ada banyak fakta menarik tentang mereka yang perlu kamu tahu.

Uncatogrized

Koala

Herbivor yang berasal dari Australia ini digelar beruang Koala kerana fizikal mereka seakan beruang kecil yang bulat dan gebu, selalu tersenyum dan menghiburkan ,dan membuat kita geram untuk memeluk mereka. Hakikatnya, Koala bukanlah dari spesis beruang tetapi dari spesisnya yang tersendiri.

Uncatogrized

4 Cara Mudah Mandikan Hedgehog

Landak mini atau lebih dikenali sebagai Hedgehog merupakan antara haiwan kecil yang sering menjadi pilihan pencinta haiwan untuk dijadikan sebagai peliharaan. Keletah serta kecomelannya mampu menarik perhatian sesiapa sahaja.

Uncatogrized

Habitat Iguana

Mudah, namun perlu diberi perhatian sewajarnya. Menyediakan habitat yang sesuai untuk Iguana akan membantu Iguana lebih mudah menyesuaikan diri dan mesra dengan kamu.

GAYA HIDUP

Kucing Gemuk Yang Berisiko Penyakit

Tahukan anda gemuk itu mungkin memudaratkan? Ketahui tentang kucing gemuk cantik atau penyakit di sini!

GAYA HIDUP

Landak Mini

Hedgehog, atau Bahasa Melayunya landak mini, mendapat nama daripada caranya mencari makanan. Haiwan ini merayau di sekitar pokok renek (hedge) dan mengeluarkan bunyi seakan-akan khinzir (hog). Di sebalik pokok renek ini lazimnya terdapat serangga, cacing, siput, tikus, katak dan ular kecil yang menjadi makanannya.

REPTILIA

Shedding Ular

Shedding adalah perkara biasa bagi kebanyakan reptilia. Proses ini berlaku untuk ular menukar ‘baju’ iaitu kulit baru selari dengan tumbesaran mereka.

GAYA HIDUP

Dandanan Kucing

Kucing boleh menjaga dan mendandan diri mereka sendiri ? Inilah mitos yang menyebabkan ramai tidak memberi perhatian untuk menjaga kucing mereka secara total.

GAYA HIDUP

Fakta Mengenai Anjing

Anjing merupakan antara haiwan mamalia yang terawal dijinakkan oleh manusia sejak 30,000 tahun yang lepas. Manusia mula menjinakkan omnivor comel bagi pelbagai tujuan untuk membantu menjalani kehidupan seharian pada waktu berkenaan.

GAYA HIDUP

5 Fakta Tentang Kucing

Kucing merupakan peneman yang terbaik. Bukan sahaja mereka comel, mereka juga boleh diharap untuk menangkap tikus atau serangga yang berada di dalam rumah. Kehadiran mereka boleh membuatkan kita hilang stress. Best kan?

GAYA HIDUP

Kucing : Kesedaran Manusia dan Survival

Dengan kemudahan fasiliti perubatan dan kesedaran tentang amalan pemakanan baik untuk mereka, kucing semestinya dapat menjadi teman karib untuk tempoh masa yang lama untuk manusia.

GAYA HIDUP

Haiwan Peliharaan Sebagai Teman Penghibur

Ada sebab mengapa setengah orang memilih untuk membela haiwan peliharaan dan menjadikan ia sebahagian dari kehidupan, malahan ada juga yang menganggap mereka sebagai ahli keluarga sendiri.

MAMALIA

Kenali Sugar Glider

Comel, lincah dan aktif. Rangkai kata paling tepat yang menggambarkan karakter istimewa haiwan kecil persis tupai yang menjadi kegilaan pencinta haiwan peliharaan eksotik masa kini. Haiwan berbulu lembut yang manja ini digelar sugar glider sering kali mencuri tumpuan khalayak jika dibawa ke tempat umum. Tidak hairan jika ada yang datang mengerumuni seolah-olah seperti melihat selebriti.

REPTILIA

10 Fakta Tentang Iguana

Gergasi berhati lembut yang genius – itulah dia Iguana. Iguana sangat popular di kalangan peminat haiwan eksotik kerana di sebalik muka dan fizikalnya yang agak garang dan menakutkan, mereka sebenarnya sangat mesra, manja dan menghiburkan.

BURUNG

9 Fakta Menarik Burung Baji

Burung baji boleh dikatakan antara sub-spesis burung kakak tua paling popular di seluruh dunia. Mereka menjadi kegilaan pencinta haiwan kerana bukan sahaja warna mereka yang menarik dan kos penjagaan mereka yang rendah, malah jika dilatih dengan baik, mereka mampu mengajuk percakapan manusia. Comel kan?

Uncatogrized

Panduan Memelihara Ball Phyton

Secara purata, Ball Phyton boleh hidup antara 20-40 tahun, jadi pastikan kamu melengkapkan diri kamu dengan ilmu-ilmu mengenai penjagaan mereka.

Close Menu