Iguana

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Nama Iguana berasal dari kata "Iwana" yang merupakan nama tempatan cicak tersebut dalam bahasa suku Taino. Semua jenis iguana tidak kira jantan atau betina, mempunyai duri di atas badan hingga ke ekornya. Walaupun lebih dikenali dengan warna hijau, namun kini lebih banyak pilihan warna seperti merah, kuning, biru dan albino diperkenalkan sebagai pilihan untuk penggemar iguana.

Iguana adalah sejenis cicak herbivor yang berasal dari kawasan tropika Mexico, Amerika Tengah, Amerika Selatan dan Caribbean. Iguana yang diimport masuk ke Malaysia pula, kebanyakkannya berasal dari Columbus, El Salvador, Hoduras, Peru dan Mexico. Iggy Juvana berukuran sekitar 25 – 30cm, sedangkan iguana dewasa boleh mencapai sehingga 1.8 meter – 2 meter panjang jika dijaga dengan baik serta boleh mencapai usia 15 – 20 tahun!

iguana<div class="wp-block-image"><figure class="aligncenter"><img src="https://petsarecute.my/wp-content/uploads/2019/11/3-3.jpg" alt="" class="wp-image-1449"/></figure></div>

Fizikal Iguana

Si gergasi berhati lembut ini memiliki sepasang mata yang bekerja sangat baik untuk melihat pergerakan, warna keliling, bayangan dan dapat melihat objek pada jarak yang jauh. Mata mereka juga digunakan sebagai alat berkomunikasi sesama mereka. Haiwan eksotik ini mendapat rangsangan yang tinggi dari visual berwarna kuning, merah, jingga dan biru kerana warna tersebut berkait dengan warna makanan harian mereka.

Iguana juga memiliki sepasang telinga kecil berupa “timpanium”. Selubung ‘timpanium’ tersebut merupakan bahagian luar telinga mereka yang terletak di belakang mata. Ianya merupakan bahagian kulit yang nipis dan lembut, berfungsi untuk menghantar getaran gelombang suara.

iguana <div class="wp-block-image"><figure class="aligncenter"><img src="https://petsarecute.my/wp-content/uploads/2019/11/7.jpg" alt="iguana " class="wp-image-1450"/></figure></div>

“Iguana ialah haiwan yang membiak dengan cara  bertelur dan mengambil masa 90 – 120 hari untuk menetas”

Kendali Iguana Anda

Haiwan eksotik yang mempunyai karakter tersendiri ini menjadi kegilaan ramai peminat haiwan eksotik kerana keunikannya. Walaupun boleh mencapai ukuran 6 kaki panjang apabila menginjak dewasa, mereka sebenarnya amat manja dan tidak agresif melainkan berasa terancam. Situasi ini dapat dielakkan jika ‘the soft Giant’ ini dipelihara sejak kecil dan dilatih untuk mengenali siapa penjaganya.

Walaupun tugas menjinakkan mereka adalah mencabar, namun ramai pemilik mengakui berbaloi kesabaran mereka dengan hasilnya. Proses ini akan mengambil masa dan skil tertentu, perlu dilakukan setiap hari untuk mula mewujudkan kepercayaan dan kemesraan Iggy dengan penjaganya. Beri masa yang cukup untuk mereka menyesuaikan diri dengan tempat baru dan bantu mereka mengenali anda ya. Pelihara dari kecil, kerana si kecil lebih mudah dilatih berbanding Iguana dewasa.

“Apabila iguana sudah mendapat kepercayaan dari kita, mereka tidak akan lari jika diletakkan di atas bahu dan sekiranya kita membawanya keluar dari rumah, cuma perlu berhati-hati jika ada orang asing yang belum mendapat kepercayaan darinya yang ingin menyentuhnya”

Tingkahlaku Iguana

Fizikal mereka adalah sangat unik kerana mereka mempunyai ciri khas  seperti gigi dan kuku yang tajam untuk tujuan perlindungan diri mereka.  Ekor juga adalah salah satu anggota pertahanan diri yang sering digunakan mereka untuk melibas musuh seandainya berasa tidak selamat. Namun, tak perlu khuatir kerana sebenarnya, mereka jarang bertindak agresif dengan manusia yang dikenali mereka. Malah, mereka sangat manja dan tidak akan mencederakan anda tanpa sebab.

Sebagai peringatan , haiwan ini mudah stres terhadap suhu dan gangguan. Mungkin kamu tidak sabar ingin bermain-main dengan iguana kamu itu. Lebih-lebih lagi yang baru dibeli dan baru mengenali tempat yang asing baginya. Jangan tergopoh-gapah kerana ini cara yang salah “berkenalan” dengan iguana baru, lagi-lagi baby iggy.

“Jika kamu baru sahaja membeli seekor iguana, beri mereka tempoh sekurang-kurangnya 2 minggu menetap dan mengenali tempat baru dan asing baginya itu sebelum proses menjinakkan”

Sayangi Iguana Anda

Buat jadual harian untuk memberi makanan, pembersihan dan lain-lain lagi. Rutin harian boleh membuatkan mereka boleh mengagak dan merasa selamat di sekelilingnya. Kamu cuba untuk berinteraksi dengan mereka sebagai rutin harian dan letakkan sangkar di mana Iguana boleh melihat kamu melakukan kerja harian. Ini membolehkannya sedar dengan kehadiran kamu dan selalu membuatkan ia cepat mengenali kamu. Luangkan masa dengan memerhati dan “bercakap” dengannya. Berinya nama supaya ia dapat mengiktiraf dirinya.

Kemudian letakkan tangan di dalam sangkar dan cuba mendekatinya. Lakukan dari tepi tetapi jangan dari atas kerana ia akan menganggap sebagai ancaman. Jika ia membuat postur agresif dan dalam keadaan panik, mundur seketika dan cuba lagi, sambil “berbisik” dengannya secara lemah lembut. Pastikan gerakan kamu perlahan dan gemalai. Jika kamu berhenti mencuba secara tiba-tiba, ia menganggap kamu sedang melatihnya! Ulang langkah ini sehingga kamu boleh memegangnya dengan tangan kamu.

Jika ia masih kecil, kamu hanya mangambilnya dari bawah perut, tetapi jika besar, kamu mesti menyokong bawah perut dan pinggul (bawah perut dan atas ekor). Sebelum itu, pastikan bilik kamu selamat. Tiada ruang kecil yang boleh menyebabkan iguana menyorok dan tempat yang boleh dipanjat seperti langsir. Hati-hati! Jika tidak, kamu perlu mengejar untuk mendapatkannya semula. Jangan meletakkannya dalam sangkar selagi iguana belum berasa tenang. Tenangkannya dan ‘bercakap’ dengannya dengan perlahan sambil meletakkannya di bawah.

“Jangan sesekali memegang ekor kerana ia boleh memutuskan ekornya sebagai pertahanan!”

Jika ia sudah menerima cara kamu mengendalinya, kamu menerima lebih banyak tindakbalas darinya. Tetapi jika bahasa isyarat atau tubuh menunjukkan ketegangan atau tidak selesa, kamu perlu menghormatinya. Kamu perlu cuba lagi pada waktu yang lain. Berinya masa untuk menyesuaikan diri. Hasilnya? Pasti puas hati.

Untuk pembelian haiwan kesayangan, sila lawati laman FB kami : https://www.facebook.com/petsarecute/ dan FOLLOW kami di Instagram : https://www.instagram.com/petsarecute.my/ untuk konten yang lebih menarik.

Bacaan seterusnya : KLIK SINI : https://www.petsarecute.my/panduan-diet-si-comel-tikus-belanda/

Kongsi Artikel Ini Dengan Rakan-Rakan!

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on telegram
Share on email
Share on print

Leave a Reply




Banyak Yang Anda Perlu Tahu

PANDA MERAH -PUPUS KERANA BULUNYA YANG LEMBUT

Diburu dan dibunuh kerana bulunya yang digebu serta lembut bagi menghasilkan perhiasan wanita seperti topi menyebabkan haiwan yang digelar panda merah ini semakin berkurangan dan diancam kepupusan.

12 FAKTA MENGENAI PANDA MERAH

Panda merah sedikit lebih besar daripada kucing domestik dengan badan seperti beruang dan bulu russet tebal. Perut dan anggota badan berwarna hitam, dan terdapat tanda putih di sisi kepala dan di atas mata kecilnya.

Hamster Eropah Bukan Untuk Peliharaan

Hamster Eropah atau lebih dikenali sebagai Eurasian Hamster merupakan hamster yang ganas serta liar dan mereka tidak sesuai dijadikan haiwan peliharaan. Mana tidaknya silap-silap jari anda akan mengalami luka besar dan pendarahan banyak apabila digigit haiwan ini.

9 Fakta Menarik Tentang Harimau Malaya

Harimau Malaya atau harimau belang mungkin lebih dikenali dengan sifat yang ganas dan buas. Namun di sebalik itu, ada banyak fakta menarik tentang mereka yang perlu kamu tahu.

Koala

Herbivor yang berasal dari Australia ini digelar beruang Koala kerana fizikal mereka seakan beruang kecil yang bulat dan gebu, selalu tersenyum dan menghiburkan ,dan membuat kita geram untuk memeluk mereka. Hakikatnya, Koala bukanlah dari spesis beruang tetapi dari spesisnya yang tersendiri.

4 Cara Mudah Mandikan Hedgehog

Landak mini atau lebih dikenali sebagai Hedgehog merupakan antara haiwan kecil yang sering menjadi pilihan pencinta haiwan untuk dijadikan sebagai peliharaan. Keletah serta kecomelannya mampu menarik perhatian sesiapa sahaja.

Habitat Iguana

Mudah, namun perlu diberi perhatian sewajarnya. Menyediakan habitat yang sesuai untuk Iguana akan membantu Iguana lebih mudah menyesuaikan diri dan mesra dengan kamu.

Landak Mini

Hedgehog, atau Bahasa Melayunya landak mini, mendapat nama daripada caranya mencari makanan. Haiwan ini merayau di sekitar pokok renek (hedge) dan mengeluarkan bunyi seakan-akan khinzir (hog). Di sebalik pokok renek ini lazimnya terdapat serangga, cacing, siput, tikus, katak dan ular kecil yang menjadi makanannya.

Tentang Kami

Petsarecute.my ialah sebuah media digital yang memaparkan informasi-informasi dan berita-berita terbaru tentang haiwan kesayangan untuk semua peminat-peminat haiwan seluruh dunia.

Kami Juga Bersosial

Artikel Terkini

Ikuti Kami




Anda Mungkin Sukai

RAKAN DI RIMBA

PANDA MERAH -PUPUS KERANA BULUNYA YANG LEMBUT

Diburu dan dibunuh kerana bulunya yang digebu serta lembut bagi menghasilkan perhiasan wanita seperti topi menyebabkan haiwan yang digelar panda merah ini semakin berkurangan dan diancam kepupusan.

Uncatogrized

12 FAKTA MENGENAI PANDA MERAH

Panda merah sedikit lebih besar daripada kucing domestik dengan badan seperti beruang dan bulu russet tebal. Perut dan anggota badan berwarna hitam, dan terdapat tanda putih di sisi kepala dan di atas mata kecilnya.

RAKAN DI RIMBA

Hamster Eropah Bukan Untuk Peliharaan

Hamster Eropah atau lebih dikenali sebagai Eurasian Hamster merupakan hamster yang ganas serta liar dan mereka tidak sesuai dijadikan haiwan peliharaan. Mana tidaknya silap-silap jari anda akan mengalami luka besar dan pendarahan banyak apabila digigit haiwan ini.

Uncatogrized

9 Fakta Menarik Tentang Harimau Malaya

Harimau Malaya atau harimau belang mungkin lebih dikenali dengan sifat yang ganas dan buas. Namun di sebalik itu, ada banyak fakta menarik tentang mereka yang perlu kamu tahu.

Uncatogrized

Koala

Herbivor yang berasal dari Australia ini digelar beruang Koala kerana fizikal mereka seakan beruang kecil yang bulat dan gebu, selalu tersenyum dan menghiburkan ,dan membuat kita geram untuk memeluk mereka. Hakikatnya, Koala bukanlah dari spesis beruang tetapi dari spesisnya yang tersendiri.

Uncatogrized

4 Cara Mudah Mandikan Hedgehog

Landak mini atau lebih dikenali sebagai Hedgehog merupakan antara haiwan kecil yang sering menjadi pilihan pencinta haiwan untuk dijadikan sebagai peliharaan. Keletah serta kecomelannya mampu menarik perhatian sesiapa sahaja.

Uncatogrized

Habitat Iguana

Mudah, namun perlu diberi perhatian sewajarnya. Menyediakan habitat yang sesuai untuk Iguana akan membantu Iguana lebih mudah menyesuaikan diri dan mesra dengan kamu.

GAYA HIDUP

Kucing Gemuk Yang Berisiko Penyakit

Tahukan anda gemuk itu mungkin memudaratkan? Ketahui tentang kucing gemuk cantik atau penyakit di sini!

GAYA HIDUP

Landak Mini

Hedgehog, atau Bahasa Melayunya landak mini, mendapat nama daripada caranya mencari makanan. Haiwan ini merayau di sekitar pokok renek (hedge) dan mengeluarkan bunyi seakan-akan khinzir (hog). Di sebalik pokok renek ini lazimnya terdapat serangga, cacing, siput, tikus, katak dan ular kecil yang menjadi makanannya.

REPTILIA

Shedding Ular

Shedding adalah perkara biasa bagi kebanyakan reptilia. Proses ini berlaku untuk ular menukar ‘baju’ iaitu kulit baru selari dengan tumbesaran mereka.

GAYA HIDUP

Dandanan Kucing

Kucing boleh menjaga dan mendandan diri mereka sendiri ? Inilah mitos yang menyebabkan ramai tidak memberi perhatian untuk menjaga kucing mereka secara total.

GAYA HIDUP

Fakta Mengenai Anjing

Anjing merupakan antara haiwan mamalia yang terawal dijinakkan oleh manusia sejak 30,000 tahun yang lepas. Manusia mula menjinakkan omnivor comel bagi pelbagai tujuan untuk membantu menjalani kehidupan seharian pada waktu berkenaan.

GAYA HIDUP

5 Fakta Tentang Kucing

Kucing merupakan peneman yang terbaik. Bukan sahaja mereka comel, mereka juga boleh diharap untuk menangkap tikus atau serangga yang berada di dalam rumah. Kehadiran mereka boleh membuatkan kita hilang stress. Best kan?

GAYA HIDUP

Kucing : Kesedaran Manusia dan Survival

Dengan kemudahan fasiliti perubatan dan kesedaran tentang amalan pemakanan baik untuk mereka, kucing semestinya dapat menjadi teman karib untuk tempoh masa yang lama untuk manusia.

GAYA HIDUP

Haiwan Peliharaan Sebagai Teman Penghibur

Ada sebab mengapa setengah orang memilih untuk membela haiwan peliharaan dan menjadikan ia sebahagian dari kehidupan, malahan ada juga yang menganggap mereka sebagai ahli keluarga sendiri.

MAMALIA

Kenali Sugar Glider

Comel, lincah dan aktif. Rangkai kata paling tepat yang menggambarkan karakter istimewa haiwan kecil persis tupai yang menjadi kegilaan pencinta haiwan peliharaan eksotik masa kini. Haiwan berbulu lembut yang manja ini digelar sugar glider sering kali mencuri tumpuan khalayak jika dibawa ke tempat umum. Tidak hairan jika ada yang datang mengerumuni seolah-olah seperti melihat selebriti.

REPTILIA

10 Fakta Tentang Iguana

Gergasi berhati lembut yang genius – itulah dia Iguana. Iguana sangat popular di kalangan peminat haiwan eksotik kerana di sebalik muka dan fizikalnya yang agak garang dan menakutkan, mereka sebenarnya sangat mesra, manja dan menghiburkan.

BURUNG

9 Fakta Menarik Burung Baji

Burung baji boleh dikatakan antara sub-spesis burung kakak tua paling popular di seluruh dunia. Mereka menjadi kegilaan pencinta haiwan kerana bukan sahaja warna mereka yang menarik dan kos penjagaan mereka yang rendah, malah jika dilatih dengan baik, mereka mampu mengajuk percakapan manusia. Comel kan?

Uncatogrized

Panduan Memelihara Ball Phyton

Secara purata, Ball Phyton boleh hidup antara 20-40 tahun, jadi pastikan kamu melengkapkan diri kamu dengan ilmu-ilmu mengenai penjagaan mereka.

Close Menu