Fakta Mengenai Anjing

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Anjing merupakan antara haiwan mamalia yang terawal dijinakkan oleh manusia sejak 30,000 tahun yang lepas. Manusia mula menjinakkan omnivor comel bagi pelbagai tujuan untuk membantu menjalani kehidupan seharian pada waktu berkenaan.
Anjing : Teman Setia Sepanjang Hayat<figure class="wp-block-image"><img src="https://www.petsarecute.my/wp-content/uploads/2019/11/pexels-photo-1198802-1024x682.jpeg" alt="Anjing : Teman Setia Sepanjang Hayat"/></figure>

‘Man’s Best Friend

Pada masa ini kita dapat lihat banyak peranan penting yang dimainkan oleh haiwan ini ; antaranya adalah bagi tujuan memburu, menjaga, menjadi anjing terlatih untuk mengesan dadah bagi pihak polis, dan sebagainya. Ada juga yang dilatih untuk menghidu penyakit di dalam badan manusia dan menghidu bom. Haiwan terlatih seperti ini biasanya membantu pihak polis di lapangan terbang dan di tempat-tempat tertentu. Selain daripada fungsi mereka di dalam kerja-kerja tersebut, mereka juga turut digelar ‘Man’s Best Friend’ kerana sifat mereka yang sangat taat dan setia kepada pemilik mereka.

Diet dan Pemakanan

Anjing menjadi salah satu haiwan peliharaan yang popular kerana sifat mereka yang periang, mudah mesra, dan mudah mendengar arahan. Diet mereka agak mudah, mereka memakan kedua-dua daging dan juga sayuran, agak sama seperti kucing. Kebiasaannya, itu merupakan menu utama yang terdapat di dalam kebanyakan makanan yang terjual di pasaran. Memiliki haiwan setia ini sebagai haiwan peliharaan memakan kos yang agak tinggi kerana diet dan selera mereka lebih besar berbanding kucing, dan mereka juga memerlukan diet yang tertentu mengikut baka dan penyakit yang mereka hidapi. Bagi meminimumkan kos, pemilik boleh membuat sendiri makanan basah mereka daripada sumber-sumber yang semulajadi dan segar.

Anjing : Teman Setia Sepanjang Hayat<div class="wp-block-image"><figure class="aligncenter size-large"><img src="https://www.petsarecute.my/wp-content/uploads/2019/11/dog-843800_960_720.jpg" alt="" class="wp-image-2089"/></figure></div>

Fakta Menarik Mengenai Anjing

Anjing memiliki deria bau dan pendengaran yang lebih hebat dari mana-mana binatang dan juga manusia. Tetapi mereka tidak dapat melihat warna dengan jelas kerana mereka adalah haiwan yang buta warna. Mereka dapat melihat di dalam gelap dengan lebih baik daripada manusia disebabkan salah satu faktor anatomi pada deria penglihatan mereka. Mereka juga mempunyai penglihatan yang lebih luas.

Seperti serigala, haiwan ber”IQ” tinggi ini juga berjalan di dalam satu kumpulan atau lebih popular dengan terma ‘Pack’. Setiap mereka mempunyai pangkat masing-masing di dalam sesebuah kumpulan dan yang mempunyai pangkat yang rendah di dalam sesuatu kumpulan perlu menghormati dan taat kepada ketua yang memegang pangkat tertinggi, yang juga digelar sebagai ‘Alpha Male’. Anjing peliharaan selalunya menganggap pemilik mereka sebagai ‘Alpha Male’.Menarik kan info ni?

Jangka Hayat dan Latihan

Dari segi jangka hayat, baka adalah penanda aras bagi menentukan berapa lama mereka boleh hidup. Contohnya, baka Dachsund biasanya hidup sehingga 15 tahun, Chihuahua 20 tahun. Baka yang paling besar iaitu Great Dane, walaubagaimanapun, hanya mempunyai jangka hayat selama 5 ke 8 tahun. Setengah dari mereka ada yang hidup sampai ke umur 10 tahun. Ini dapat dikonklusikan bahawa kebanyakan anjing yang berbaka kecil dapat hidup lebih lama dari yang berbaka besar. Pemilik harus mengenal pasti tanda-tanda bahawa haiwan kesayangan mereka sudah tua seperti pasif, kehilangan berat badan, susah untuk bangun dan berjalan, jangka masa tidur yang agak lama, dan kekerapan kencing.

Berbanding kucing serta haiwan peliharaan yang lain, anjing merupakan haiwan yang sangat aktif dan gemar bersiar-siar dan bermain. Sudah banyak kita lihat ‘Obedient Class’ yang melibatkan pemilik serta haiwan peliharaan mereka yang melatih mereka tentang disiplin, kesetiaan, cara komunikasi yang baik, dan banyak lagi. Mereka dikelaskan mengikut tahap berdikari mereka.

Juga ada peperiksaan untuk menentukan sama ada haiwan cerdik tersebut boleh ke tahap yang lebih advance atau tidak untuk sesi latihan yang seterusnya. Kebanyakan kelas ‘obedient’ dilakukan di tempat-tempat yang lapang seperti padang dan taman bagi membolehkan mereka merasa bebas dan senang berlari. Antara badan kebajikan yang mengadakan ‘Obedient Class’ pada setiap minggu adalah Malaysian Animal Welfare Foundation ataupun lebih dikenali dengan nama singkatnya MNAWF.

Baka dan Jenis

Terdapat lebih kurang 800 jenis baka anjing di dunia. Spesis baka yang sama akan dilahirkan dari induk yang sama dan digelar Pure Breed atau baka asli, manakala spesis dari induk yang mempunyai baka berbeza pula dikenali sebagai Mixed-Breed atau baka campur. Antara contoh baka campur yang popular adalah Collies, Poodles, dan Retriever.

Trend popular zaman sekarang adalah dengan mencampur dua baka yang berlainan dan menamakan baka yang baru dengan kombinasi baka ibu bapa anjing tersebut, contohnya Pomsky (Pomeranian dan Husky). Mereka juga turut digelar sebagai Hybrids dan Designer Dog. Kebanyakan dari mereka digunakan untuk tujuan pertandingan kerana keunikan rupa mereka. Mereka juga boleh menjadi anjing pemandu.

Baka berbulu tebal seperti Chow Chow, Siberian Husky memerlukan keadaan tempat tinggal yang sejuk untuk mereka mengekalkan suhu badan mereka. Haiwan-haiwan yang berbulu tebal biasanya datang dari negara yang beriklim sejuk.

Jadi, bagi pemilik haiwan yang berada di tempat yang beriklim tropika, mereka perlulah menyediakan tempat yang sesuai dengan keadaan mereka. Ini sangat normal terjadi kepada baka anjing yang berbulu tebal sekiranya mereka terdedah dengan keadaan panas pada jangka waktu yang agak lama. Pastikan anda membawa botol air yang cukup sekiranya anda hendak keluar bersiar-siar dengan Chow Chow anda.

Komitmen dan penjagaan

Memiliki anjing memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi. Setiap pemilik harus mengenal pasti setiap tingkah laku dan perubahan yang terjadi kepada binatang peliharaan ini. Penyakit biasa yang sering menyerang mereka adalah jangkitan telinga, jangkitan cacing dan jangkitan kutu. Selain itu mereka boleh muntah yang disebabkan oleh keracunan makanan, strok haba, dan kegagalan buah pinggang, dan juga diarrhea.

Rawatan bergantung kepada jenis kesakitan yang dialami. Antaranya adalah terapi air, ubat untuk mengawal kekerapan muntah. Dan yang paling penting sekali adalah, makanan home-made yang diperbuat daripada daging ayam, kentang rebus, brokoli, dan nasi. Sesetengah anjing merupakan ‘Lactose Intolerance’, satu keadaan di mana mereka tidak boleh makan atau minum apa-apa produk yang berasaskan tenusu. Jika anjing anda mengalami allergi yang teruk selepas mengambil produk tenusu, sila dapatkan rawatan kecemasan dengan segera.

Pemilik harus memastikan anjing peliharaan mereka telah mendapat vaksin yang lengkap. Antara langkah yang lebih baik dan bertanggungjawab adalah dengan mengembirikan mereka (spaying and neutering). Pusat perlindungan haiwan di negara kita telah dipenuhi dengan anjing dan kucing yang tidak diingini. Dengan mengembirikan anjing anda, ianya membantu meminimumkan peluang mereka dari membiak dan terbiar.

Adakah anda perasan kucing dan anjing yang telah dikasi mempunyai tahap kesihatan yang lebih tinggi dari haiwan yang tidak dikasi. Kerajaan Malaysia telah memberikan subsidi yang sangat berpatutan kepada pemilk-pemilik haiwan peliharaan bagi tujuan ini. Anjing yang telah dikasi berpeluang idup lebih lama kerana penyakit-penyakit seperti jangkitan pada saluran air kencing dan cancer dapat dicegah dengan proses kasi tersebut. Gunakan kemudahan teknologi sekarang untuk memberikan yang terbaik kepada anjing peliharaaan anda.

Untuk pembelian haiwan kesayangan, sila lawati laman FB kami : https://www.facebook.com/petsarecute/ dan FOLLOW kami di Instagram : https://www.instagram.com/petsarecute.my/ untuk konten yang lebih menarik.

Kami juga mengalu-alukan sebarang soalan dan maklumbalas dari anda. Boleh DM kami di mana-mana medium media sosial kami, emailkan ke petsarecute.my@gmail.com atau watsapp terus ke 012-9485559. Kami gembira untuk membantu anda memahami haiwan kesayangan anda!

Bacaan seterusnya : KLIK SINI :  https://www.petsarecute.my/fakta-tentang-kucing-yang-anda-perlu-tahu/

Kongsi Artikel Ini Dengan Rakan-Rakan!

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on telegram
Share on email
Share on print

Leave a Reply




Banyak Yang Anda Perlu Tahu

PANDA MERAH -PUPUS KERANA BULUNYA YANG LEMBUT

Diburu dan dibunuh kerana bulunya yang digebu serta lembut bagi menghasilkan perhiasan wanita seperti topi menyebabkan haiwan yang digelar panda merah ini semakin berkurangan dan diancam kepupusan.

12 FAKTA MENGENAI PANDA MERAH

Panda merah sedikit lebih besar daripada kucing domestik dengan badan seperti beruang dan bulu russet tebal. Perut dan anggota badan berwarna hitam, dan terdapat tanda putih di sisi kepala dan di atas mata kecilnya.

Hamster Eropah Bukan Untuk Peliharaan

Hamster Eropah atau lebih dikenali sebagai Eurasian Hamster merupakan hamster yang ganas serta liar dan mereka tidak sesuai dijadikan haiwan peliharaan. Mana tidaknya silap-silap jari anda akan mengalami luka besar dan pendarahan banyak apabila digigit haiwan ini.

9 Fakta Menarik Tentang Harimau Malaya

Harimau Malaya atau harimau belang mungkin lebih dikenali dengan sifat yang ganas dan buas. Namun di sebalik itu, ada banyak fakta menarik tentang mereka yang perlu kamu tahu.

Koala

Herbivor yang berasal dari Australia ini digelar beruang Koala kerana fizikal mereka seakan beruang kecil yang bulat dan gebu, selalu tersenyum dan menghiburkan ,dan membuat kita geram untuk memeluk mereka. Hakikatnya, Koala bukanlah dari spesis beruang tetapi dari spesisnya yang tersendiri.

4 Cara Mudah Mandikan Hedgehog

Landak mini atau lebih dikenali sebagai Hedgehog merupakan antara haiwan kecil yang sering menjadi pilihan pencinta haiwan untuk dijadikan sebagai peliharaan. Keletah serta kecomelannya mampu menarik perhatian sesiapa sahaja.

Habitat Iguana

Mudah, namun perlu diberi perhatian sewajarnya. Menyediakan habitat yang sesuai untuk Iguana akan membantu Iguana lebih mudah menyesuaikan diri dan mesra dengan kamu.

Landak Mini

Hedgehog, atau Bahasa Melayunya landak mini, mendapat nama daripada caranya mencari makanan. Haiwan ini merayau di sekitar pokok renek (hedge) dan mengeluarkan bunyi seakan-akan khinzir (hog). Di sebalik pokok renek ini lazimnya terdapat serangga, cacing, siput, tikus, katak dan ular kecil yang menjadi makanannya.

Tentang Kami

Petsarecute.my ialah sebuah media digital yang memaparkan informasi-informasi dan berita-berita terbaru tentang haiwan kesayangan untuk semua peminat-peminat haiwan seluruh dunia.

Kami Juga Bersosial

Artikel Terkini

Ikuti Kami




Anda Mungkin Sukai

RAKAN DI RIMBA

PANDA MERAH -PUPUS KERANA BULUNYA YANG LEMBUT

Diburu dan dibunuh kerana bulunya yang digebu serta lembut bagi menghasilkan perhiasan wanita seperti topi menyebabkan haiwan yang digelar panda merah ini semakin berkurangan dan diancam kepupusan.

Uncatogrized

12 FAKTA MENGENAI PANDA MERAH

Panda merah sedikit lebih besar daripada kucing domestik dengan badan seperti beruang dan bulu russet tebal. Perut dan anggota badan berwarna hitam, dan terdapat tanda putih di sisi kepala dan di atas mata kecilnya.

RAKAN DI RIMBA

Hamster Eropah Bukan Untuk Peliharaan

Hamster Eropah atau lebih dikenali sebagai Eurasian Hamster merupakan hamster yang ganas serta liar dan mereka tidak sesuai dijadikan haiwan peliharaan. Mana tidaknya silap-silap jari anda akan mengalami luka besar dan pendarahan banyak apabila digigit haiwan ini.

Uncatogrized

9 Fakta Menarik Tentang Harimau Malaya

Harimau Malaya atau harimau belang mungkin lebih dikenali dengan sifat yang ganas dan buas. Namun di sebalik itu, ada banyak fakta menarik tentang mereka yang perlu kamu tahu.

Uncatogrized

Koala

Herbivor yang berasal dari Australia ini digelar beruang Koala kerana fizikal mereka seakan beruang kecil yang bulat dan gebu, selalu tersenyum dan menghiburkan ,dan membuat kita geram untuk memeluk mereka. Hakikatnya, Koala bukanlah dari spesis beruang tetapi dari spesisnya yang tersendiri.

Uncatogrized

4 Cara Mudah Mandikan Hedgehog

Landak mini atau lebih dikenali sebagai Hedgehog merupakan antara haiwan kecil yang sering menjadi pilihan pencinta haiwan untuk dijadikan sebagai peliharaan. Keletah serta kecomelannya mampu menarik perhatian sesiapa sahaja.

Uncatogrized

Habitat Iguana

Mudah, namun perlu diberi perhatian sewajarnya. Menyediakan habitat yang sesuai untuk Iguana akan membantu Iguana lebih mudah menyesuaikan diri dan mesra dengan kamu.

GAYA HIDUP

Kucing Gemuk Yang Berisiko Penyakit

Tahukan anda gemuk itu mungkin memudaratkan? Ketahui tentang kucing gemuk cantik atau penyakit di sini!

GAYA HIDUP

Landak Mini

Hedgehog, atau Bahasa Melayunya landak mini, mendapat nama daripada caranya mencari makanan. Haiwan ini merayau di sekitar pokok renek (hedge) dan mengeluarkan bunyi seakan-akan khinzir (hog). Di sebalik pokok renek ini lazimnya terdapat serangga, cacing, siput, tikus, katak dan ular kecil yang menjadi makanannya.

REPTILIA

Shedding Ular

Shedding adalah perkara biasa bagi kebanyakan reptilia. Proses ini berlaku untuk ular menukar ‘baju’ iaitu kulit baru selari dengan tumbesaran mereka.

GAYA HIDUP

Dandanan Kucing

Kucing boleh menjaga dan mendandan diri mereka sendiri ? Inilah mitos yang menyebabkan ramai tidak memberi perhatian untuk menjaga kucing mereka secara total.

GAYA HIDUP

Fakta Mengenai Anjing

Anjing merupakan antara haiwan mamalia yang terawal dijinakkan oleh manusia sejak 30,000 tahun yang lepas. Manusia mula menjinakkan omnivor comel bagi pelbagai tujuan untuk membantu menjalani kehidupan seharian pada waktu berkenaan.

GAYA HIDUP

5 Fakta Tentang Kucing

Kucing merupakan peneman yang terbaik. Bukan sahaja mereka comel, mereka juga boleh diharap untuk menangkap tikus atau serangga yang berada di dalam rumah. Kehadiran mereka boleh membuatkan kita hilang stress. Best kan?

GAYA HIDUP

Kucing : Kesedaran Manusia dan Survival

Dengan kemudahan fasiliti perubatan dan kesedaran tentang amalan pemakanan baik untuk mereka, kucing semestinya dapat menjadi teman karib untuk tempoh masa yang lama untuk manusia.

GAYA HIDUP

Haiwan Peliharaan Sebagai Teman Penghibur

Ada sebab mengapa setengah orang memilih untuk membela haiwan peliharaan dan menjadikan ia sebahagian dari kehidupan, malahan ada juga yang menganggap mereka sebagai ahli keluarga sendiri.

MAMALIA

Kenali Sugar Glider

Comel, lincah dan aktif. Rangkai kata paling tepat yang menggambarkan karakter istimewa haiwan kecil persis tupai yang menjadi kegilaan pencinta haiwan peliharaan eksotik masa kini. Haiwan berbulu lembut yang manja ini digelar sugar glider sering kali mencuri tumpuan khalayak jika dibawa ke tempat umum. Tidak hairan jika ada yang datang mengerumuni seolah-olah seperti melihat selebriti.

REPTILIA

10 Fakta Tentang Iguana

Gergasi berhati lembut yang genius – itulah dia Iguana. Iguana sangat popular di kalangan peminat haiwan eksotik kerana di sebalik muka dan fizikalnya yang agak garang dan menakutkan, mereka sebenarnya sangat mesra, manja dan menghiburkan.

BURUNG

9 Fakta Menarik Burung Baji

Burung baji boleh dikatakan antara sub-spesis burung kakak tua paling popular di seluruh dunia. Mereka menjadi kegilaan pencinta haiwan kerana bukan sahaja warna mereka yang menarik dan kos penjagaan mereka yang rendah, malah jika dilatih dengan baik, mereka mampu mengajuk percakapan manusia. Comel kan?

Uncatogrized

Panduan Memelihara Ball Phyton

Secara purata, Ball Phyton boleh hidup antara 20-40 tahun, jadi pastikan kamu melengkapkan diri kamu dengan ilmu-ilmu mengenai penjagaan mereka.

Close Menu