Alpaca – Nampak Seperti Biri-biri Tapi Sebenarnya Bukan!

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Alpaca, haiwan pintar yang comel dan bersifat lembut. Tidak ramai yang mengetahu tentang kewujudan Alpaca. Kami kongsikan kepada anda sedikit info penting tentang haiwan cerdik ini.

Pernahkah anda terdengar mengenai haiwan yang bernama Alpaca? Alpaca (Vicugna Pacos) ialah haiwan yang berasal dari Amerika Selatan tetapi boleh ditemui di Peru, Chile, Bolivia dan Argentina ini mirip kelihatan seperti unta atau biri-biri dan juga Ilama. Kesemua haiwan ini dikategorikan sebagai sepupu. Tidak hairan jika sekali imbas rupanya yang berbulu-bulu itu seringkali membuatkan kita keliru. Haiwan ini sangat jinak dan lembut.

alpaca <figure class="wp-block-image size-large"><img src="https://www.petsarecute.my/wp-content/uploads/2019/12/ALPACA1-1024x681.jpeg" alt="" class="wp-image-2682"/></figure>

Fakta Menarik Mengenai Alpaca

Alpaca ialah haiwan yang sangat malu serta lembut, namun apabila marah akan meludah dan akan menendang-nendang dengan menggunakan kakinya. Haiwan ini sangat pintar dan boleh kita ajar helah baru kepadanya. Wow, bukan? Mereka mempunyai warna seperti putih, kelabu, hitam, coklat dan kadang-kadang warna pink!

Daging haiwan ini sangat sedap untuk dimakan dan dijual pada harga yang sangat tinggi di restauran mewah. Mereka tidak mempunyai gigi di bahagian hadapan mulut dan ini tidak berbahaya untuk disentuh. Di Australia, para penternak haiwan mencukur bulunya untuk disesuaikan dengan keadaan cuaca panas sebelum tiba musim sejuk. Haiwan ini boleh dikategorikan sebagai haiwan peliharaan di seluruh dunia kerana sifatnya yang mesra alam dan boleh hidup diantara 15 tahun ke 20 tahun.

Perbezaan antara Alpaca dan Ilama

Perbezaan ketara antara Alcapa dan Ilama ialah dari segi bentuk fizikal badan haiwan tersebut seperti saiz tubuh badan mereka, rambut dan juga bentuk muka.  Walaupun rupa fizikal mereka hampir serupa, namun jika dilihat secara dekat terdapat perbezaan yang boleh kita lihat. Alpaca dewasa berketinggian antara 90 cm (32 inci – 39 inci) pada paras bahu dan mempunyai berat antara 48 kg sehingga 84 kg, manakala Ilama pula mempunyai ketinggian 120 cm (47 inci) pada paras bahu dan mempunyai berat sekitar 113 kg.

Haiwan lembut ini mempunyai wajah yang lebih pendek dan tumpul dengan telinga yang berbentuk pir kecil. Mereka mempunyai rambut yang lembut, halus dan rambutnya seperti bulu (sama seperti bulu) di punggung mereka dan muka yang sangat kabur. Ilamas mempunyai wajah yang lebih panjang dan rambut yang kurang berbulu di wajahnya serta mempunyai keperibadian yang lebih agresif.

Cara Alpaca Berkomunikasi

Mereka berkomunikasi melalui bahasa badan iaitu melalui menderam dengan menggunakan telinganya dengan menggoyangkan ekornya. Yang jantan lebih bersifat agresif dan biasanya cenderung untuk mendominasi kumpulan kawanan mereka. Kebiasaannya mereka akan meludah apabila berada dalam kesusahan, takut atau ingin menunjukkan sifat dominasinya. Mereka juga boleh mengeluarkan pelbagai bunyi seperti seperti mendengus.

Keperluan Diet Alpaca

Mereka ialah haiwan herbivor yang hanya makan di padang rumput, jerami dan silace dan juga bijiran. Si comel ini tidaklah makan banyak tetapi cuma makan 907 gram rumput dalam masa sehari. Mereka harus juga diberi makanan terbaik dari segi protein kerana untuk menjaga kualiti bulu yang akan dihasilkan dari tubuh badannya untuk tujuan komersil seperti pembuatan baju sejuk, pakaian dan tekstil untuk keperluan industri fesyen.

Bolehkah Alpaca Bertahan dalam Cuaca yang Panas dan Sejuk?

Keadaan tubuh fizikal haiwan ini telah dijadikan untuk tahan akan cuaca yang panas dan sejuk. Dalam cuaca yang panas dan lembap seorang penternak perlu mengambil langkah berjaga-jaga seperti memastikan mereka tidak mengalami tekanan haba seperti memotong bulunya pada awal tahun, menyediakan pengudaraan yang baik di kawasan kandang, menawarkan air segar yang sejuk untuk diminum pada musim panas. Untuk musim sejuk, bulu-bulu di badannya sudah cukup untuk melindunginya.

Bagaimana Alpaca Membiak?

Alpaca betina mencapai tahap kematangan dan boleh mengandung sekitar 13 bulan atau mencapai berat 40 kg hingga 45 kg, manakala bagi alpaca jantan pula ialah sekitar mencapai umur tiga tahun sudah mencapai tahap kematangan. Baka Alpaca boleh membiak sekali dalam setahun dan boleh megandung pada bila-bila masa. Tempoh masa Alpaca betina mengandung ialah di antara 242 sehingga 345 hari dan melahirkan anak Alpaca pada satu-satu masa. Mengikut National Geographic proses kelahiran anak Alpaca ialah selama tujuh jam atau lebih

Kesimpulannya, dengan memberi sedikit latihan kepada haiwan ini akan menjadikannya ia haiwan peliharaan yang sangat menguntungkan. Ditambah pula Alcapa mempunyai keperibadian yang menenangkan dan sentiasa happy dan akan menggembirakan hati manusia di sekelilinginya. Dalam pada itu bulu-bulu di badannya juga merupakan satu keperluan  Kelemahan Alcapa ialah haiwan ini tidak boleh tinggal keseorangan kerana Alcapa akan jatuh sakit dan boleh membawa mati.

Lawati page Facebook kami :  https://www.facebook.com/pg/petsarecute/posts/

Instagram : https://www.instagram.com/petsarecute.petshop/

Bacaan seterusnya : KLIK SINI : https://www.petsarecute.my/kucing-gemuk-cantik-tapi-berpenyakit/

Kongsi Artikel Ini Dengan Rakan-Rakan!

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on telegram
Share on email
Share on print

Leave a Reply




Banyak Yang Anda Perlu Tahu

PANDA MERAH -PUPUS KERANA BULUNYA YANG LEMBUT

Diburu dan dibunuh kerana bulunya yang digebu serta lembut bagi menghasilkan perhiasan wanita seperti topi menyebabkan haiwan yang digelar panda merah ini semakin berkurangan dan diancam kepupusan.

12 FAKTA MENGENAI PANDA MERAH

Panda merah sedikit lebih besar daripada kucing domestik dengan badan seperti beruang dan bulu russet tebal. Perut dan anggota badan berwarna hitam, dan terdapat tanda putih di sisi kepala dan di atas mata kecilnya.

Hamster Eropah Bukan Untuk Peliharaan

Hamster Eropah atau lebih dikenali sebagai Eurasian Hamster merupakan hamster yang ganas serta liar dan mereka tidak sesuai dijadikan haiwan peliharaan. Mana tidaknya silap-silap jari anda akan mengalami luka besar dan pendarahan banyak apabila digigit haiwan ini.

9 Fakta Menarik Tentang Harimau Malaya

Harimau Malaya atau harimau belang mungkin lebih dikenali dengan sifat yang ganas dan buas. Namun di sebalik itu, ada banyak fakta menarik tentang mereka yang perlu kamu tahu.

Koala

Herbivor yang berasal dari Australia ini digelar beruang Koala kerana fizikal mereka seakan beruang kecil yang bulat dan gebu, selalu tersenyum dan menghiburkan ,dan membuat kita geram untuk memeluk mereka. Hakikatnya, Koala bukanlah dari spesis beruang tetapi dari spesisnya yang tersendiri.

4 Cara Mudah Mandikan Hedgehog

Landak mini atau lebih dikenali sebagai Hedgehog merupakan antara haiwan kecil yang sering menjadi pilihan pencinta haiwan untuk dijadikan sebagai peliharaan. Keletah serta kecomelannya mampu menarik perhatian sesiapa sahaja.

Habitat Iguana

Mudah, namun perlu diberi perhatian sewajarnya. Menyediakan habitat yang sesuai untuk Iguana akan membantu Iguana lebih mudah menyesuaikan diri dan mesra dengan kamu.

Landak Mini

Hedgehog, atau Bahasa Melayunya landak mini, mendapat nama daripada caranya mencari makanan. Haiwan ini merayau di sekitar pokok renek (hedge) dan mengeluarkan bunyi seakan-akan khinzir (hog). Di sebalik pokok renek ini lazimnya terdapat serangga, cacing, siput, tikus, katak dan ular kecil yang menjadi makanannya.

Shedding Ular

Shedding adalah perkara biasa bagi kebanyakan reptilia. Proses ini berlaku untuk ular menukar ‘baju’ iaitu kulit baru selari dengan tumbesaran mereka.

Tentang Kami

Petsarecute.my ialah sebuah media digital yang memaparkan informasi-informasi dan berita-berita terbaru tentang haiwan kesayangan untuk semua peminat-peminat haiwan seluruh dunia.

Kami Juga Bersosial

Artikel Terkini

Ikuti Kami




Anda Mungkin Sukai

RAKAN DI RIMBA

PANDA MERAH -PUPUS KERANA BULUNYA YANG LEMBUT

Diburu dan dibunuh kerana bulunya yang digebu serta lembut bagi menghasilkan perhiasan wanita seperti topi menyebabkan haiwan yang digelar panda merah ini semakin berkurangan dan diancam kepupusan.

Uncatogrized

12 FAKTA MENGENAI PANDA MERAH

Panda merah sedikit lebih besar daripada kucing domestik dengan badan seperti beruang dan bulu russet tebal. Perut dan anggota badan berwarna hitam, dan terdapat tanda putih di sisi kepala dan di atas mata kecilnya.

RAKAN DI RIMBA

Hamster Eropah Bukan Untuk Peliharaan

Hamster Eropah atau lebih dikenali sebagai Eurasian Hamster merupakan hamster yang ganas serta liar dan mereka tidak sesuai dijadikan haiwan peliharaan. Mana tidaknya silap-silap jari anda akan mengalami luka besar dan pendarahan banyak apabila digigit haiwan ini.

Uncatogrized

9 Fakta Menarik Tentang Harimau Malaya

Harimau Malaya atau harimau belang mungkin lebih dikenali dengan sifat yang ganas dan buas. Namun di sebalik itu, ada banyak fakta menarik tentang mereka yang perlu kamu tahu.

Uncatogrized

Koala

Herbivor yang berasal dari Australia ini digelar beruang Koala kerana fizikal mereka seakan beruang kecil yang bulat dan gebu, selalu tersenyum dan menghiburkan ,dan membuat kita geram untuk memeluk mereka. Hakikatnya, Koala bukanlah dari spesis beruang tetapi dari spesisnya yang tersendiri.

Uncatogrized

4 Cara Mudah Mandikan Hedgehog

Landak mini atau lebih dikenali sebagai Hedgehog merupakan antara haiwan kecil yang sering menjadi pilihan pencinta haiwan untuk dijadikan sebagai peliharaan. Keletah serta kecomelannya mampu menarik perhatian sesiapa sahaja.

Uncatogrized

Habitat Iguana

Mudah, namun perlu diberi perhatian sewajarnya. Menyediakan habitat yang sesuai untuk Iguana akan membantu Iguana lebih mudah menyesuaikan diri dan mesra dengan kamu.

GAYA HIDUP

Kucing Gemuk Yang Berisiko Penyakit

Tahukan anda gemuk itu mungkin memudaratkan? Ketahui tentang kucing gemuk cantik atau penyakit di sini!

GAYA HIDUP

Landak Mini

Hedgehog, atau Bahasa Melayunya landak mini, mendapat nama daripada caranya mencari makanan. Haiwan ini merayau di sekitar pokok renek (hedge) dan mengeluarkan bunyi seakan-akan khinzir (hog). Di sebalik pokok renek ini lazimnya terdapat serangga, cacing, siput, tikus, katak dan ular kecil yang menjadi makanannya.

REPTILIA

Shedding Ular

Shedding adalah perkara biasa bagi kebanyakan reptilia. Proses ini berlaku untuk ular menukar ‘baju’ iaitu kulit baru selari dengan tumbesaran mereka.

GAYA HIDUP

Dandanan Kucing

Kucing boleh menjaga dan mendandan diri mereka sendiri ? Inilah mitos yang menyebabkan ramai tidak memberi perhatian untuk menjaga kucing mereka secara total.

GAYA HIDUP

Fakta Mengenai Anjing

Anjing merupakan antara haiwan mamalia yang terawal dijinakkan oleh manusia sejak 30,000 tahun yang lepas. Manusia mula menjinakkan omnivor comel bagi pelbagai tujuan untuk membantu menjalani kehidupan seharian pada waktu berkenaan.

GAYA HIDUP

5 Fakta Tentang Kucing

Kucing merupakan peneman yang terbaik. Bukan sahaja mereka comel, mereka juga boleh diharap untuk menangkap tikus atau serangga yang berada di dalam rumah. Kehadiran mereka boleh membuatkan kita hilang stress. Best kan?

GAYA HIDUP

Kucing : Kesedaran Manusia dan Survival

Dengan kemudahan fasiliti perubatan dan kesedaran tentang amalan pemakanan baik untuk mereka, kucing semestinya dapat menjadi teman karib untuk tempoh masa yang lama untuk manusia.

GAYA HIDUP

Haiwan Peliharaan Sebagai Teman Penghibur

Ada sebab mengapa setengah orang memilih untuk membela haiwan peliharaan dan menjadikan ia sebahagian dari kehidupan, malahan ada juga yang menganggap mereka sebagai ahli keluarga sendiri.

MAMALIA

Kenali Sugar Glider

Comel, lincah dan aktif. Rangkai kata paling tepat yang menggambarkan karakter istimewa haiwan kecil persis tupai yang menjadi kegilaan pencinta haiwan peliharaan eksotik masa kini. Haiwan berbulu lembut yang manja ini digelar sugar glider sering kali mencuri tumpuan khalayak jika dibawa ke tempat umum. Tidak hairan jika ada yang datang mengerumuni seolah-olah seperti melihat selebriti.

REPTILIA

10 Fakta Tentang Iguana

Gergasi berhati lembut yang genius – itulah dia Iguana. Iguana sangat popular di kalangan peminat haiwan eksotik kerana di sebalik muka dan fizikalnya yang agak garang dan menakutkan, mereka sebenarnya sangat mesra, manja dan menghiburkan.

BURUNG

9 Fakta Menarik Burung Baji

Burung baji boleh dikatakan antara sub-spesis burung kakak tua paling popular di seluruh dunia. Mereka menjadi kegilaan pencinta haiwan kerana bukan sahaja warna mereka yang menarik dan kos penjagaan mereka yang rendah, malah jika dilatih dengan baik, mereka mampu mengajuk percakapan manusia. Comel kan?

Uncatogrized

Panduan Memelihara Ball Phyton

Secara purata, Ball Phyton boleh hidup antara 20-40 tahun, jadi pastikan kamu melengkapkan diri kamu dengan ilmu-ilmu mengenai penjagaan mereka.

Close Menu