4 Cara Mudah Mandikan Hedgehog

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Landak mini atau lebih dikenali sebagai Hedgehog merupakan antara haiwan kecil yang sering menjadi pilihan pencinta haiwan untuk dijadikan sebagai peliharaan. Keletah serta kecomelannya mampu menarik perhatian sesiapa sahaja.

Haiwan yang aktif pada waktu malam dan menghabiskan waktu siangnya dengan tidur ini antara haiwan yang memerlukan penjagaan rapi sama ada dari segi pemakanan mahupun kebersihan.

Bagi individu yang sudah lama membela hedgehog mungkin tidak berhadapan dengan masalah penjagaan haiwan jinak ini. Namun apa yang dikuatiri adalah mereka yang baharu berjinak dalam penjagaan landak mini. Ini kerana, tidak semua yang memilih untuk membela Hedgehog akan melakukan sedikit ‘ulang kaji’ cara menjaga haiwan ini. Ada yang terus membeli selepas melihat ia di kedai haiwan atau dibela rakan-rakan mereka.

4 Cara Mudah Mandikan Hedgehog<figure class="wp-block-image size-large"><img src="https://www.petsarecute.my/wp-content/uploads/2020/01/european-hedgehog-natural-garden-habitat-with-green-grass_1150-18209.jpg" alt="" class="wp-image-2731"/><figcaption>Kebersihan Hedgehog perlu diberi keutamaan</figcaption></figure>
Kebersihan Hedgehog perlu diberi keutamaan

Apabila ini berlaku ia akan mendatangkan masalah selepas membeli haiwan ini memandangkan kos penjagaannya bukanlah murah. Mereka yang membela landak mini bukan sahaja perlu mengetahui pemakanan haiwan ini malah juga penjagaan dari segi kebersihan dan kesihatannya juga. Salah satunya adalah memandikan landak mini bagi memastikan ia bersih serta menghindarinya daripada kemungkinan dijangkiti kutu.

Jadi kali ini kami ingin berkongsi bagaimana cara memandikan haiwan kecil berduri kesayangan anda ini dan memastikan ia tidak lemas ataupun kesejukan.

Cara Mudah Mandikan Hedgehog : Peralatan yang diperlukan

Sebelum kita mulakan langkah memandikan landak mini, pertama sekali kita memerlukan beberapa peralatan bagi memudahkan proses membersihkan haiwan ini. Berikut adalah senarai peralatan yang diperlukan:

1) Berus gigi lembut
2) Shampoo bayi atau kucing
3) Tuala kering
4) Besen sederhana
5) Air suam

Harus diingatkan landak mini perlu dimandikan dengan air suam dan bukannya air sejuk. Sekiranya semua peralatan ini sudah lengkap maka kita boleh ke proses seterusnya iaitu langkah-langkah memandikan landak mini kesayangan anda.

Langkah 1

1) Isikan besen sederhana dengan air suam dengan isipadu air 3/4 atau setinggi paras badan landak mini anda. Di sini anda tidak perlu takut jika haiwan anda akan lemas kerana Hedgehog pandai berenang. Jadi jangan terkejut sekiranya anda melihat ia berenang.

Langkah 2

2) Siramkan air suam di dalam besen menggunakan tangan anda di badan si manja, kemudian diikuti shampoo bayi atau kucing lalu gosokkan bahagian durinya menggunakan berus gigi untuk membuangkan kotoran serta kutu yang ada. Seterusnya anda boleh mengosok bahagian punggung, bawah badan serta kaki Hedgehog. Harus diingatkan anda perlu memastikan bahagian muka serta hidung Hedgehog tidak terkena air sabun bagi memastikan ia tidak tertelan atau lemas.

Langkah 3

3) Seterusnya angkat Hedgehog anda dan buang air di dalam besen lalu ambil air suam yang baharu dan jiruskan ke atas Hedgehog bagi membersihkannya daripada shampoo. Pastikan ia disiramkan di bahagian badannya sahaja dan elakkan terkena muka dan hidungnya.

Langkah 4

4) Kemudian ambil tuala kering diletakkan di atas telapak tangan anda lalu letakkan landak mini anda di atasnya. Seterusnya ambil satu lagi tuala kering untuk mengelap bahagian atas dan berduri Hedgehog sehingga kering. Ada juga yang menggunakan pengering rambut untuk mengeringkan Hedgehog tetapi ia tidak disarankan kerana khuatir suhunya terlalu panas. Tetapi anda boleh sahaja mencubanya namun pastikan jarak antara landak mini anda dengan pengering rambut tidak terlalu dekat.

Mudah bukan untuk memandikan Hedgehog kesayangan anda? Oh ya sekiranya landak mini anda mempunyai kuku yang panjang dan anda berhasrat untuk memotongnya eloklah sekiranya dilakukan selepas ia mandi kerana saat ini kukunya menjadi lembut. Anda boleh menggunakan pemotong kuku bayi yang kecil namun perlu dilakukan berhati-hati agar tidak terpotong tip Hedgehog kerana ia akan menyebabkannya berdarah.

Pasti ada di antara anda akan bertanya berapakah umur yang sesuai untuk memandikan landak mini anda bukan. Sehingga kini tiada jawapan kukuh pada umur berapakah anda boleh memandikan Hedgehog tetapi dikebanyakkan laman sesawang mencadangkan ia dimandikan selepas berumur enam hingga lapan minggu.

Anda juga tidak boleh kerap memandikan Hedgehog melainkan ia mempunyai masalah kutu yang serius. Cukup sekiranya ia dimandikan dua ke tiga bulan sekali sahaja.

Artikel ini bermanfaat, jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan lain.

Lawati page Facebook kami :  https://www.facebook.com/pg/petsarecute/posts/

Instagram : https://www.instagram.com/petsarecute.petshop/

Bacaan seterusnya : KLIK SINI : https://www.petsarecute.my/habitat-iguana/

Kongsi Artikel Ini Dengan Rakan-Rakan!

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on telegram
Share on email
Share on print

Leave a Reply




Banyak Yang Anda Perlu Tahu

PANDA MERAH -PUPUS KERANA BULUNYA YANG LEMBUT

Diburu dan dibunuh kerana bulunya yang digebu serta lembut bagi menghasilkan perhiasan wanita seperti topi menyebabkan haiwan yang digelar panda merah ini semakin berkurangan dan diancam kepupusan.

12 FAKTA MENGENAI PANDA MERAH

Panda merah sedikit lebih besar daripada kucing domestik dengan badan seperti beruang dan bulu russet tebal. Perut dan anggota badan berwarna hitam, dan terdapat tanda putih di sisi kepala dan di atas mata kecilnya.

Hamster Eropah Bukan Untuk Peliharaan

Hamster Eropah atau lebih dikenali sebagai Eurasian Hamster merupakan hamster yang ganas serta liar dan mereka tidak sesuai dijadikan haiwan peliharaan. Mana tidaknya silap-silap jari anda akan mengalami luka besar dan pendarahan banyak apabila digigit haiwan ini.

9 Fakta Menarik Tentang Harimau Malaya

Harimau Malaya atau harimau belang mungkin lebih dikenali dengan sifat yang ganas dan buas. Namun di sebalik itu, ada banyak fakta menarik tentang mereka yang perlu kamu tahu.

Koala

Herbivor yang berasal dari Australia ini digelar beruang Koala kerana fizikal mereka seakan beruang kecil yang bulat dan gebu, selalu tersenyum dan menghiburkan ,dan membuat kita geram untuk memeluk mereka. Hakikatnya, Koala bukanlah dari spesis beruang tetapi dari spesisnya yang tersendiri.

Habitat Iguana

Mudah, namun perlu diberi perhatian sewajarnya. Menyediakan habitat yang sesuai untuk Iguana akan membantu Iguana lebih mudah menyesuaikan diri dan mesra dengan kamu.

Landak Mini

Hedgehog, atau Bahasa Melayunya landak mini, mendapat nama daripada caranya mencari makanan. Haiwan ini merayau di sekitar pokok renek (hedge) dan mengeluarkan bunyi seakan-akan khinzir (hog). Di sebalik pokok renek ini lazimnya terdapat serangga, cacing, siput, tikus, katak dan ular kecil yang menjadi makanannya.

Shedding Ular

Shedding adalah perkara biasa bagi kebanyakan reptilia. Proses ini berlaku untuk ular menukar ‘baju’ iaitu kulit baru selari dengan tumbesaran mereka.

Tentang Kami

Petsarecute.my ialah sebuah media digital yang memaparkan informasi-informasi dan berita-berita terbaru tentang haiwan kesayangan untuk semua peminat-peminat haiwan seluruh dunia.

Kami Juga Bersosial

Artikel Terkini

Ikuti Kami




Anda Mungkin Sukai

RAKAN DI RIMBA

PANDA MERAH -PUPUS KERANA BULUNYA YANG LEMBUT

Diburu dan dibunuh kerana bulunya yang digebu serta lembut bagi menghasilkan perhiasan wanita seperti topi menyebabkan haiwan yang digelar panda merah ini semakin berkurangan dan diancam kepupusan.

Uncatogrized

12 FAKTA MENGENAI PANDA MERAH

Panda merah sedikit lebih besar daripada kucing domestik dengan badan seperti beruang dan bulu russet tebal. Perut dan anggota badan berwarna hitam, dan terdapat tanda putih di sisi kepala dan di atas mata kecilnya.

RAKAN DI RIMBA

Hamster Eropah Bukan Untuk Peliharaan

Hamster Eropah atau lebih dikenali sebagai Eurasian Hamster merupakan hamster yang ganas serta liar dan mereka tidak sesuai dijadikan haiwan peliharaan. Mana tidaknya silap-silap jari anda akan mengalami luka besar dan pendarahan banyak apabila digigit haiwan ini.

Uncatogrized

9 Fakta Menarik Tentang Harimau Malaya

Harimau Malaya atau harimau belang mungkin lebih dikenali dengan sifat yang ganas dan buas. Namun di sebalik itu, ada banyak fakta menarik tentang mereka yang perlu kamu tahu.

Uncatogrized

Koala

Herbivor yang berasal dari Australia ini digelar beruang Koala kerana fizikal mereka seakan beruang kecil yang bulat dan gebu, selalu tersenyum dan menghiburkan ,dan membuat kita geram untuk memeluk mereka. Hakikatnya, Koala bukanlah dari spesis beruang tetapi dari spesisnya yang tersendiri.

Uncatogrized

4 Cara Mudah Mandikan Hedgehog

Landak mini atau lebih dikenali sebagai Hedgehog merupakan antara haiwan kecil yang sering menjadi pilihan pencinta haiwan untuk dijadikan sebagai peliharaan. Keletah serta kecomelannya mampu menarik perhatian sesiapa sahaja.

Uncatogrized

Habitat Iguana

Mudah, namun perlu diberi perhatian sewajarnya. Menyediakan habitat yang sesuai untuk Iguana akan membantu Iguana lebih mudah menyesuaikan diri dan mesra dengan kamu.

GAYA HIDUP

Kucing Gemuk Yang Berisiko Penyakit

Tahukan anda gemuk itu mungkin memudaratkan? Ketahui tentang kucing gemuk cantik atau penyakit di sini!

GAYA HIDUP

Landak Mini

Hedgehog, atau Bahasa Melayunya landak mini, mendapat nama daripada caranya mencari makanan. Haiwan ini merayau di sekitar pokok renek (hedge) dan mengeluarkan bunyi seakan-akan khinzir (hog). Di sebalik pokok renek ini lazimnya terdapat serangga, cacing, siput, tikus, katak dan ular kecil yang menjadi makanannya.

REPTILIA

Shedding Ular

Shedding adalah perkara biasa bagi kebanyakan reptilia. Proses ini berlaku untuk ular menukar ‘baju’ iaitu kulit baru selari dengan tumbesaran mereka.

GAYA HIDUP

Dandanan Kucing

Kucing boleh menjaga dan mendandan diri mereka sendiri ? Inilah mitos yang menyebabkan ramai tidak memberi perhatian untuk menjaga kucing mereka secara total.

GAYA HIDUP

Fakta Mengenai Anjing

Anjing merupakan antara haiwan mamalia yang terawal dijinakkan oleh manusia sejak 30,000 tahun yang lepas. Manusia mula menjinakkan omnivor comel bagi pelbagai tujuan untuk membantu menjalani kehidupan seharian pada waktu berkenaan.

GAYA HIDUP

5 Fakta Tentang Kucing

Kucing merupakan peneman yang terbaik. Bukan sahaja mereka comel, mereka juga boleh diharap untuk menangkap tikus atau serangga yang berada di dalam rumah. Kehadiran mereka boleh membuatkan kita hilang stress. Best kan?

GAYA HIDUP

Kucing : Kesedaran Manusia dan Survival

Dengan kemudahan fasiliti perubatan dan kesedaran tentang amalan pemakanan baik untuk mereka, kucing semestinya dapat menjadi teman karib untuk tempoh masa yang lama untuk manusia.

GAYA HIDUP

Haiwan Peliharaan Sebagai Teman Penghibur

Ada sebab mengapa setengah orang memilih untuk membela haiwan peliharaan dan menjadikan ia sebahagian dari kehidupan, malahan ada juga yang menganggap mereka sebagai ahli keluarga sendiri.

MAMALIA

Kenali Sugar Glider

Comel, lincah dan aktif. Rangkai kata paling tepat yang menggambarkan karakter istimewa haiwan kecil persis tupai yang menjadi kegilaan pencinta haiwan peliharaan eksotik masa kini. Haiwan berbulu lembut yang manja ini digelar sugar glider sering kali mencuri tumpuan khalayak jika dibawa ke tempat umum. Tidak hairan jika ada yang datang mengerumuni seolah-olah seperti melihat selebriti.

REPTILIA

10 Fakta Tentang Iguana

Gergasi berhati lembut yang genius – itulah dia Iguana. Iguana sangat popular di kalangan peminat haiwan eksotik kerana di sebalik muka dan fizikalnya yang agak garang dan menakutkan, mereka sebenarnya sangat mesra, manja dan menghiburkan.

BURUNG

9 Fakta Menarik Burung Baji

Burung baji boleh dikatakan antara sub-spesis burung kakak tua paling popular di seluruh dunia. Mereka menjadi kegilaan pencinta haiwan kerana bukan sahaja warna mereka yang menarik dan kos penjagaan mereka yang rendah, malah jika dilatih dengan baik, mereka mampu mengajuk percakapan manusia. Comel kan?

Uncatogrized

Panduan Memelihara Ball Phyton

Secara purata, Ball Phyton boleh hidup antara 20-40 tahun, jadi pastikan kamu melengkapkan diri kamu dengan ilmu-ilmu mengenai penjagaan mereka.

Close Menu